Jika ketika ini anda antara wanita yang berasa diri gemuk, hitam langsung tak cantik, kisah wanita ini mungkin menyentuh perasaan anda. Semua perasaan itu pernah dialami oleh wanita ini.
Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata hati ramai pihak bahawa kecantikkan itu bukan sahaja dari luaran malah kecantikkan dalaman seseorang. Buat apa badan, wajah cantik tapi hati tidak, bukan? Suami seperti ini sepatutnya tidak wujud di muka bumi ini! Baca kisahnya selanjut ini.
Saya mempunyai berat badan yang agak besar dulu. Disebabkan saya gemuk, suami saya curang, tinggalkan saya dan malukan saya pada umum. Saya tak minta jadi gemuk seperti ini. Saya gemuk pun selepas melahirkan anak kembar awak.
Saya tak ada masa nak kuruskan badan disebabkan menyusu dan sibuk bekerja untuk bantu awak. Saya tahu awak curang sudah lama tetapi saya diamkan diri. Selalu ajak awak keluar tetapi awak tak nak.
Nak dijadikan cerita, pada hari dia tak nak keluar dengan saya itu, saya terpaksa keluar sendiri sebab barang-barang dapur dan anak dah nak habis. Saya usung empat orang anak pergi ke mall.
Tiba-tiba saya terjumpa suami dengan skandal dia. Saya cuma pergi depan dia sambil pegang anak-anak dan diam sahaja. Nak tengok apa yang dia nak katakan pada saya. Sungguh saya tak sangka dia maki saya depan perempuan itu.
“Sudahlah gemuk, macam badak sumbu! Tak layak jadi isteri aku!” katanya
Padahal masa mula-mula kahwin dulu mak ayah saya tak bagi, sampai awak nak bunuh diri gilakan saya. Tapi bila keadaan saya begini, awak hina saya, malukan saya depan orang ramai. Saya gemuk pun sebab awak, saya minta tolong awak jaga anak sekejap pun awak tak nak. Macam mana saya nak kurus?
Berbalik pada cerita di mall tadi, anak saya yang sulung cakap pada ayah dia,
“Kenapa ayah cakap mama badak? Ini mama kakak, bukan badak,” katanya.
“Kau dengan mak kau sama saja! Pergi balik! Jangan ganggu aku!” tengkingnya.
Hancur luluh hati saya. Masa dia balik, saya tanya kenapa dia buat saya macam itu? Dia cuma diam dan masuk dalam bilik, kemas baju dalam beg.
“Awak nak pergi mana? Tak kasihan ke pada saya dan anak-anak?” soal saya lagi.
“Kau semua tak dapat bahagiakan aku. cuma perempuan itu saja dapat bahagiakan aku. Dengan ini aku ceraikan kau dengan talak….” katanya.
Setahun sudah perkara ini berlalu dan sekarang bila saya dah kurus, kenapa awak datang balik pada saya, tiba-tiba caring tentang anak, nak ambil anak bagai. Padahal sudah setahun lebih satu sen pun awak tak bagi nafkah.
Dulu bila saya gemuk, awak hina saya. Tetapi bila saya dah kurus, awak pula meroyan. Kononnya perempuan itu dah tinggalkan awak, kononnya saya sajalah yang boleh bahagiakan awak. Sorry okay, you’re nothing for us right now.
Sebelum ini awak sanggup tengking saya dan anak-anak disebabkan perempuan lain dan sekarang saya tidak akan berlembut dengan awak. Saya lebih selesa hidup dengan anak-anak. Hidup kami bahagi, setiap hujung minggu saya bawa anak-anak jalan beriadah.
Kalau dulu dengan awak, nak keluar pun tak bagi sebab takut terjumpa awak dengan skandal, kan? Saya kuat sebab anak-anak, terima kasih anak-anak mama, along, angah, acik dan adik.
Sumber: Facebook/Kisah Rumah Tangga
The post ‘Dahla Gemuk Macam Badak Sumbu, Tak Layak Jadi Isteri Aku!’ – Kata Suami Depan Skandal appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment