loading...

Monday 22 January 2018

Pemilik Rasa Pelik Bila Setiap Malam Anjing Yang Baru Dipeliharanya Memerhatinya Sehingga Tidur, Amat Menyedihkan!

Setiap rumah sudah pasti akan mem[punyai haiwan peliharaan seperti kucing,anjing,tikus mondok,iguana,burung, dan banyak lagi. Ada juga yang mempunyai haiwan peliharaan yang tidak sepatutnya bagi kita pelihara kerana ia dianggap berbisa dan berbahaya seperti ular, kala jengking, lipan dan sebagainya.

Malah ada juga yang mempunyai hobi dan keinginan yang pelik seperti pelihara haiwan perosak seperti lipas. Lain orang, lain hobi mereka. Ada yang lebih gemar memelihara haiwan yang lebih mencabar seperti haiwan yang di luar kotak fikiran dan haiwan yang berbahaya serta ganas.

Tetapi, bagi seorang pemilik ini pula lain jadinya. Dia menyatakan dan perasan dengan perangai seekor anjing yang dipeliharanya itu mempunyai kelakuan yang sangat pelik.

Menurut tuan kepada anjing berkenaan, pada setiap malam sebelum masuknya waktu tidur, anjingnya sudah pasti akan duduk di depan pintunya yang terbuka sambil merenung tajam tuannya sehinggalah tuannya tertidur. sehinggakan tuannya berasa pelik dan dihantui dengan setiap pergerakkan anjingnya setiap malam.

Pada awalnya, lelaki itu hanya beranggapan mungkin disebabkan anjing itu masih belum biasa dengan keadaan sekelilingnya yang masih baru. namun setelah hari ke hari berlalu dan ia sudah dikira kebiasaannya anjing akan dapat membiasakan diri ,tetapi semuanya meleset dan kelakuan anjing berkenaan langsung tidak berubah dan masih seperti mula-mula dulu.

Lelaki itu telah merancang sesuatu agar anjingnya tidak berkelakuan pelik dan memastikan anjingnya itu tidur pada setiap waktu malam, dia akan bermain dengan anjingnya itu di siang hari supaya pada waktu malam anjingnya akan tidur akibat kepenatan akibat bermain. Namun usahanya itu langsung tidak memberikan apa-apa perubahan. Anjingnya tetap begitu juga seperti kebiasaan pada malam hari dengan memerhatinya sehingga tidur.

Oleh kerana terlalu risau melihat keadaan anjing kesayangannya itu, lelaki berkenaan membuat keputusan untuk membawa anjingnya ke klinik untuk membuat pemeriksaan di sebuah klinik haiwan. Apa yang mengejutkan, doktor menyatakan bahawa anjingnya langsung tidak mempunyai apa-apa masalah dan dalam keadaan baik-baik sahaja.

Selepas mengetahui tentang tabiat pelik anjing tersebut, pekerja di tempat perlindungan haiwan itu memberitahu lelaki berkenaan bahawa pemilik sebelum ini telah membawa anjing itu secara senyap dan menghantarnya ke tempat itu ketika ia sedang tidur.

Oleh kerana perasan ingin tahu apa sebenarnya punca anjingnya berkelakuan pelik pada setiap malam, lelaki ini tekad untuk mengetahui perkara yang menyebabkan anjingnya menjadi sebegitu. lelaki itu membuat keputusan untuk pergi semula di mana dia mengambil anjingnya buat kali pertama hanya ingin mendapatkan jawapan bagi semua persoalan.

Dia membuat keputusan berikut setelah ditanya oleh kakaknya apabila melihat perubahan pada dirinya.

Persoalan demi persoalan mula dibongkar sedikit demi sedikit apabila mengetahui cerita yang sebenar apabila pemilik anjing berkenaan pada sebelum ini terpaksa membuat keputusan itu oleh kerana isterinya yang sedang mengandung dan mereka tidak mampu untuk menjaganya lagi.

Dapatkah anda membayangkan apa perasaan anjing berkenaan apabila bangun saja dari tidurnya, dia sudah berada di tempat yang asing seperti di pusat jagaan haiwan terbiar.

Setelah ada orang baru yang memeliharanya, pemilik barunya membuat andaian berdasarkan kisah lalu anjing tersebut kerana takut ditinggal lagi oleh tuannya, dia membuat keputusan untuk tidak akan tidur dimalam hari kerana takut kejadian yang sama berulang kembali. Sungguh sedih jika dibayangkan.

Oleh kerana tidak dapat menahan sebak dan sedih selepas mendengar cerita sedih yang menimpa anjing kesayangannya itu dan penyebab anjignya berkelakuan pelik setiap malam.

Sebaik sahaja sampai ke rumah, lelaki berkenaan mengalihkan pagar penghadang di pintu biliknya dan meletakkan sangkar anjingnya ke dalam bilik tidurnya supa dia boleh tidur bersama-sama najing kesayangannya itu setiap malam bersama-sama. Lelaki berkenaan berharap dengan meletakkan katil anjingnya di bilik yang sama agar anjingnya itu boleh tidur dengan lena pada setiap malam tanpa perlu berjaga dan dapat melupakan cerita sedih yang pernah melandanya sebelum ini.

Jadikan apa yang terjadi ini sebagai pengajaran untuk kita agar lebih peka danprihatin dengan haiwan.Ini kerana haiwan juga memiliki perasaan. jangan hanya diseabkan mereka hanya haiwan, tidak semestinya anda boleh melakukan apa sahaja yang tidak baik kepada mereka. Tugas kita adalah memberikan kasih sayang terhadap mereka serta memberikan perlindungan yang terbaik agar mereka tidak ditimpa bahaya. Jangan sesekali kita menganiaya haiwan yang tidak berdaya.

Sumber: Worldofbuzz.com

The post Pemilik Rasa Pelik Bila Setiap Malam Anjing Yang Baru Dipeliharanya Memerhatinya Sehingga Tidur, Amat Menyedihkan! appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...