loading...

Sunday, 21 January 2018

Ugut Bunuh Di Tendang Keluar Dari Group Whatsapp

Sesiapa yang mengunakan aplikasi Whatsapp, sudah pasti anda banyak mempunyai group tersendiri. Contohnya group kawan-kawan sekolah, sahabat sejati, keluarga malah geng mengumpat pun banyak buat group sambil menganyam ketupat dalam group berkenaan dan banyak lagilah.

Kita tidak pernah menyangkakan perkara-perkara sebegini boleh berlaku dalam group-group Whatsapp. Sudah menjadi perhatian dan viral di laman sosial terkini apabila terdapat satu screenshoot dari perbualan individu ini apabila dia mendakwa telah diugut dan diancam oleh seorang lelaki di dalam group yang sama hanya disebabkan dia keluar dari group Whatsapp Mobile Lagend.

Apa yang diketahui berdasarkan dari gambar-gambar suspek, mungkin suspek masih berumur dalam anggaran 22 tahun itu yang terlebih dahulu memarahi mangsa apabila mengetahui mangsa membuat keputusan untuk keluar dari group berkenaaan.

Antara perbualan yang dikongsikan oleh mangsa apabila suspek yang memulakan dahulu permasalah dengan Whatsapp mangsa secara peribadi.

“Kau masuk group aku, pastu main left-lefit. Otak kau kat mana? Lain kali jangan komen kalau tau diri tu kaki left. Sial!” kata suspek.

“Yang kau nak koyak kenapa eh?” balas mangsa bersama emoticon gelak terguling-guling.

“Menyusahkan orang. Kau tunggu balasan kau. Nak main dengan budak 22 tahun. Kau tunggu aku trace kau,” ugut suspek menyebabkan mangsa mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

“Report polis? Pergi mampos. Kau ingat aku takut polis ke sial? keluarga aku ramai yang kaya-kaya, pangkat Dato’, Ahli Parlimen, ada yang kerja di stesen TV3, NT7. So kau ingat aku nak takut kat polis ke? Kau silap orang la kalau ingat aku takut,” kata suspek.

“So kau mencarut-carut kat sini dapat apa?” soal mangsa yang masih tidak faham apa tujuan suspek menghubunginya.

“Dapat apa? Aku nak nyawa kau. Kau tunggu aku trace kau. Aku kaki hackers. Kau tunggu. Budak-budak motor aku ada depan rumah kau. Nak main gila, aku bawa 400 orang je,” kata suspek.

“Umur 22 tahun pun otak macam budak terencat,” balas mangsa yang membuatkan suspek berang dan sekali mengugut mahu membunuh mangsa.

“Terencat? Kau pun nak jadi macam dalam TV tu? Budak sekolah kena bunuh sebab cari pasal. Kau tunggu, kejap lagi aku ss alamat kau. Aku guna iPhone, so senang aku trace kau. Jaga mak ayah kau, jangan disebabkan kau, kau hilang mak ayah kau.

“Mana polis kau sial? Tangkap aku sekarang. Reportlah, tadi nak sangat. Pergilah report sial. Jangan sampai aku bunuh keluarga kau hidup-hidup. Kau tak payah cakap banyak sial. Tunggu, ayah atau mak kau dalam mata aku. Wait and see. Aku akan buat kau menyesal,” katanya.

Mengikut kenyataan dari sumber, suspek juga dikatakan telah memohon maaf dengan mangsa dan menjelaskan segala mesej perbualan dengan mangsa hanyalah sekadar gurauan dan mengusik sahaja. Suspek juga telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan bodoh sedemikian lagi.

Cuak apabila Balai Polis Whatsapp suspek

Jadikan semua ini sebagai pengajaran. janganlah terlalu obses dengan sesuatu game sampai nak mengancam orang lain gara-gara hal remeh sebegitu. Jangan menempah susah akibat dar perbuatan bodoh. Sebelum nak melakukan sesuatu, lebih bagus fikirkan dahulu kebaikan dan juga keburukannya dahulu.

Sumber: Terengganutimes.com

The post Ugut Bunuh Di Tendang Keluar Dari Group Whatsapp appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...