loading...

Thursday, 18 January 2018

Di Sebalik Tuala Wanita, Siapakah Penciptanya?

Tuala wanita sudah tidak asik lagi kedengaran di telinga kita. Namun, siapa saja yang mencipta tuala wanita yang digunakan oleh kaum Hawa ini?

Menurut sejarah, kesedaran tentang perlunya tuala wanita ini bermula wujud sejak zaman Mesir kuno lagi. Wanita zaman Mesir kuno pada zaman itu menggunakan daun papirus yang dilembutkan dan dibentuk seperti tampon yang digunakan pada masa kini.

Pada zaman tamadun Yunani, golongan wanita mula menggunakan bahan-bahan seperti kapas, serat sayuran dan rumput kering yang dimasukkan ke dalam beg berbentuk seperti poket panjang kemudian diikat pada pangkal paha.

Sekitar tahun 1867, ‘mentsrual cup’ telah dicipta yang dimasukkan ke dalam beg kecil lalu diikat pada pinggang.

Hanya wanita golongan atasan sahaja yang mampu menggunakan ‘mentsrual cup’ pada waktu itu kerana harganya yang mahal. Wanita golongan bawahan pula hanya menggunakan kain kecil yang boleh dibasuh dan digunakan semula.

Ciptaan tuala wanita pakai buang yang pertama berasal daripada kapas pembalut luka ciptaan Benjamin Franklin. Pada mulanya ia digunakan untuk menyelamatkan askar yang luka terkena tembakan.

Ia bukanlah 100 peratus dari kapas, sebaliknya dihasilkan menggunakan serbuk kayu pulpa yang dilunturkan sehingga menjadi warna putih.

Jururawat melihat bagaimana pembalut luka itu mampu menyerap darah dengan lebih bersih dan berkesan telah menggunakan kapas pembalut luka itu bagi dijadikan tuala wanita.

Pada tahun 1920, Kotex (gabungan nama antara ‘cotton’ dan ‘texture’) mula dipasarkan. Tuala wanita pakai buang yang pertama mula dijual dipasaran dan menjadi perintis kepada kemunculan jenama lain selepasnya.

Ciptaan tuala wanita terus berinovasi daripada kapas, wool fiber sehinggalah gel untuk memberikan keselesaan kepada penggunanya.

Pelbagai jenis tuala wanita dipasaran dunia pada waktu kini. Anda hanya perlu pilih, beli dan pakai.

Sumber: Sentiasapanas.com

The post Di Sebalik Tuala Wanita, Siapakah Penciptanya? appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...