loading...

Thursday, 18 January 2018

Suami Menyesal Abaikan Isteri, Dengan Semua Perbuatannya Namun Isteri Pergi Buat Selama-Lamanya

Saat perkenalan dengan seorang insan yang sangat kita cintai dan sayangi adalah sebuah detik-detik yang sangat indah dan tidak akan pernah dapat dilupakan seumur hidup. Seseorang yang hadir dalam hidup kita dan sentiasa menerangi dan memberi kebahagiaan walau apa jua keadaan sekalipun. Sentiasa ada dalam waktu suka dan duka.

Memang jarang untuk kita temui insan yang benar-benar jujur menerima kita seadanya. Andai dapat, janganlah pernah sia-siakan peluang yang hanya datang sekali itu.

Satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan apabila seorang suami terpaksa merelakan pemergian isterinya   kembali kepada Maha Pencipta.

Inilah kata-kata yang diungkapkan oleh isteri sentiasa terngiang-ngiang di ingatan si suami “Abg saya cuma nak jadi satu satunya perempuan yang awak igt ” Kata-kata isterinya.

Di awal perkenalan

Masih segar di ingatan saya masa pertama kali kita berkenalan. Masa itu saya baru sahaja lepas habiskan master dan tengah membawa ke sana ke sini segulung ijazah untuk mencari kerja yang sesuai. Pada masa yang sama, saya masih lagi dalam kesedihan kerana baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasih. Awak tetap setia dengan saya dari saya belajar sehinggalah saya berjaya habiskan pelajaran saya di menara gading.

Di situ saya sedari yang awak sedikitpun tidak pernah merungut sedikitpun walau saya sedang dalam kesusahan. Awak tidak pernah tunjukkan muka tidak puas hati atau masam pada saya, walaupun masa itu saya hanya mampu bawa awak makan di warung mamak saja. Kadang-kadang awak awak yang tolong bayarkan tanpa saya minta.

Masuk alam perkahwinan

 

Selama usia perkahwinan kita mencecah tiga tahun, sekalipun saya tidak pernah layan awak sebagai seorang isteri. Tapi saya masih ingat ketika itu, awak sangat sabar dengan segala kelakuan saya malah sebelum kita berkahwin pun saya sudah banyak sakitkan hati awak. Sehingga awak tahu saya ada main perempuan lain di belakang awak. Tetapi awak masih lagi sabar dan langsung tidak menengking saya.

Ego saya gugur selepas pemergian awak untuk selama-lamanya

 

Sejujurnya masa kita mula-mula berkahwin, saya sebenarnya menerima awak atas dasar kesian. Sebab saya rasakan yang awak seperti betul-betul inginkan saya jadi milik awak. Sungguh hati saya terluka bila ingat balit kenangan kita dulu-dulu. Cincin untuk bertunang dan berkahwin pun awak sanggup keluarkan duit untuk beli. Sedangkan saya langsung tidak tunjuk perasaan gembira ketika itu. Awak uruskan semua tentang majlis perkahwinan kita. Nampak pada raut wajah awak sangat teruja dengan majlis yang akan di adakan sehingga dari pilih baju nikah dan hantaran yang awak suka. Saya sepatah haram pun langsung tak tunjuk perasaan teruja nak berkahwin. Saya tahu, jauh di sudut hati awak terasa dengan segala kelakuan saya. Keegoan saya ketika itu telah menguasai saya sepenuhnya. Masa awak mula wasap saya dan bertanya tentang adakah betul awak pilihan saya sebelum dua hari majlis dilangsungkan. Malah saya hanya buat endah tak endah saja dengan wasap awak kerana saya tidak ada jawapan untuk semua soalan yang awak ajukan. Walaupun awak memang sudah tahu yang saya memang belum mampu hendak berkahwin dengan awak.

Selama 3 tahun berkahwinan, kita langsung tidak dikurniakan zuriat

 

Saya ada perasan, setiap kali awak tengok posting kawan-kawan awak di facebook dan di instagram yang sedang bahagian dengan kehidupan mereka dengan suami masing-masing yang sudah mempunyai anak. Awak jadi sedih tetapi bukan sebab sedih tiada cahaya mata lagi, tetapi sedih kerana di sebabkan saya yang gagal. Saya gagal menjadi seorang suami yang baik untuk awak. Saya tahu awak banyak menanggung sakit kerana perbuatan saya yang selalu mengabaikan awak. Sekalipun saya tidak pernah tunjuk minat dekat awak untuk ada anak sendiri. Saya langsung tidak pernah nak faham dengan awak. Maafkan saya kerana saya dan tipu perasaan saya sendiri masa kita mula-mula berkahwin dulu. Saya langsung tidak ada perasaan cinta pada awak dan pada masa yang sama saya tidak berdaya untuk undur diri dari semua itu.

Walaupun tempoh perkahwinan kita sudah menjangkau tiga tahun, hati saya sedikitpun tidak ada ruang untuk cinta awak. Allah telah uji kesetiaan saya dengan hadirkan kembali bekas kekasih dalam kehidupan saya. Lagi sekali saya abaikan awak. Mungkin Allah nak tunjukkan siapa saya sebenarnya sebagai seorang suami yang langsung tiada gunanya untuk awak. Awak baca semua perbualan saya di wasap dengan perempuan lain. Saya tahu hati awak betul-betul terluka dan saya telah banyak kali telah lukakan dan hiris hati awak. Memang lepas hari itu, hati awak sudah hancur berkecai. Awak hanya mampu menitiskan air mata dengan semua perbuatan saya. Masa itu saya buntu langsung tidak tahu nak buat apa. Secara tidak sengaja saya terdengar bunyi tangisan awak di dalam bilik. Keegoan saya masih lagi tebal ketika itu dan langsung tidak pergi pujuk awak.

Akhirnya Allah beri rezeki dan sahkan isteri mengandung

Selepas sahaja saya dapat berita yang menyatakan awak telah mengandung, sedaya upaya saya cari alasan untuk pergi Outstation dan terus hilangkan diri. Awak suruh saya balik. Apabila mesej kedua masuk awak cakap yang saya akan lupakan semua yang awak baca pada wasap saya hari itu dan berjanji tidak akan berulang lagi perkara sebegitu. Secara ringkasnya mesej awak mengatakan awak sudah mengandung dan ada masakan makanan kegemaran saya.

Saya terus balik dan cuba untuk bukakan hati saya memandangkan awak sudah mengandung. Malangnya sekali lagi saya lukakan hati awak. Saya langsung tidak pernah temankan awak masabertemu dengan soktor. Saya langsung tidak ambil peduli jika malam-malam awak bangun muntah-muntah. Saya sebaliknya berpura-pura tidur dan tidak dengar bila awak rasa kekejangan. Kejam lagi, saya langsung tidak pernah bertanyakan apa yang awak ingin makan semasa mengandung kerana mengidam atau ada sakit di mana-mana.

Mungkin awak tersangat kenal dan faham sangat dengan perangai saya. Awak lebih sanggup untuk diamkan semuanya. Sedikitpun awak tidak pernah merungut sepanjang kehamilan awak. Seperti selalu, walaupun awak tidak siha, awak tetap bangun awal pagi semata-mata untuk siapkan sarapan untuk saya. Semua makan pakai saya terurus sebab awak yang uruskan semuanya. Saya juga pernah tinggikan suara kepada awak sebab awak demam dan tidak larat. Saya sanggup tengking awak supaya tidak perlu mengada-ngada. Walaupun saya tahu itulah pertama kali awak minta pertolongan saya untuk hantarkan awak ke hospital. Selama ini pun saya tahu awak demam atau sakit, awak lebih sanggup terperuk dan berselimut di dalam bilik sehingga terlelap. baru hari ini saya menyedari semua kesalahan saya terhadap awak. Betapa kejamnya saya layan awak sebagai isteri.

Saya seorang lelaki yang ego

 

Kerana terlalu melayan perasaan ego, saya langsung tidak memberikan peluang sedikitpun kepada awak malah untuk luangkan masa dengan awak. Dengan alasan yang tidak munasabah iaitu terlalu sibuk dengan kerja. Setiap kali awak mesej atau wasap saya, saya hanya tengok sahaja tanpa membalas sepatah kata pun. Sehingga saya tengok status awak di wasap yang bertulis ‘ Jangan benci sesuatu perkara, kelak perkara yang kau benci akan jadi perkara yang akan kau rindu’.

Awak tinggalkan saya buat selama-lamanya

Langsung saya tidak menyangka itu adalah detik-detik terakhir dari awak untuk saya. Awak akhirnya mengembuskan nafas yang terakhir pada tanggal 3 Mei 2015. Saya langsung tidak fahan dengan semua kesakitan yang telah awak rasai masa bergadai nyawa untuk melahirkan anak kita. Maafkan saya, semasa awak bertarung nyawa, saya langsung tidak ada di sisi awak. Tidak dapat saya bayangkan rasa kesakitan dan ketakutan awak ketika itu dan awak terpaksa laluinya seorang diri tanpa saya. Sedangkan wanitalain ada suami di sisi di saat genting seperti itu. Maafkan saya kerana sedikitpun tidak pernah tunjukkan perasaan sayang pada awak dan anak kita. Saya langsung tidak ambil tahu tentang awak dan anak kita.

Terlambat untuk saya jatuh cinta terhadap awak, kerana awak sudah pergi untuk selamanya

 

Di saat awak tinggalkan saya, disitulah saya mula menyedari pada ketika itu hati saya sudah mula terbuka untuk menerima awak dan anak kita. Saya hanya sempat membisikkan di telinga awak dan mengucapkan terima kasih kerana melahirkan anak kita ke dunia. Malangnya saya tengok awak terbaring kaku tanpa bergerak sedikitpun. Selepas ini tiada lagi isteri yang akan memberikan senyuman manis pada saya setiap kali balik kerja. Tiada lagi yang akan pegang dan cium tangan saya. Allah saja yang tahu apa dalam hati saya ketika itu. Menyesal pun sudah tiada gunanya semuasudah terlambat. Saya hanya mampu mencium dahi awak selama yang mungkin dengan harapan awak akan buka balik mata dan berharap saya dapat mencium awak lagi seperti hari itu. Baru sekarang saya faham dan mengerti bila orang yang kita sayang dancintai sudah tidak ada lagi bersama kita.

Mneyesal kemidian tiada gunanya. Apabila orang yang benar-benar ikhlas dan jujur menerima kita seadanya telah pergi untuk selamanya. Menagis air mata darah sekalipun mereka tidak akan pernah kembali lagi. Jadikan apa yang berlaku di atas sebagai pengajaran untuk kita agar sentiasa menghargai orang yang ada di depan kita tanpa sedikitpun merungut.

Sumber: Kamiviral.org

The post Suami Menyesal Abaikan Isteri, Dengan Semua Perbuatannya Namun Isteri Pergi Buat Selama-Lamanya appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...