loading...

Wednesday 24 January 2018

Budak Perempuan Berusia 6 Tahun Ini Merupakan Kanak-Kanak Tercantik Di Dunia

Sungguh bertuah kanak-kanak ini kerana diberikan kecantikkan yang luar biasa. Kecil-kecil sudah membuat orang ramai terpegun dengan kecantikkannya, apalagi jika dia sudah meningkat dewasa kelak. 

Baru berusia 6 tahun, budak perempuan bernama Anastasia Knyazeva dinobatkan sebagai kanak-kanak paling cantik di dunia. Ini merupakan pencapaian yang sangat tinggi didalam usia yang sangat muda.

Berbeza berbanding dengan ratu cantik, mereka menjalani banyak rawatan kecantikkan untuk menjadi no 1 di dunia. Anastasia yang memiliki mata biru kini menjadi rebutan dan telah berlakon dalam banyak iklan berprofil tinggi.

Ibunya, Anna telah membuka akaun Instagram untuk anaknya itu sejak Anastasia berusia 4 tahun. Kini, Anastasia memiliki lebih 1 juta pengikut.

Anantasia kini menjadi wajah jenama sekolah di Rusia iaitu Chobi Kids. Tahun lalu kanak-kanak cantik ini dipilih sebagai Little Miss Aoki untuk jenama gedung fesyen mewah, Mischka Aoki.

Anastasia bakal mengikut jejak bekas kanak-kanak paling comel di dunia, Thylane yang berasal dari Paris.

Thylane kini berusia 16 tahun dan menjadi duta untuk L’Oreal Paris’ serta memperagakan pakaian Michael Kors’ dalam pertunjukan Minggu Fesyen New York.

Dengan usianya yang sangat muda sebagai model, boleh dikatakan sudah mempunyai masa depan yang sangat cerah. Kanak-kanak ini sangat bertuah.

Sumber: Hanasuva.com

The post Budak Perempuan Berusia 6 Tahun Ini Merupakan Kanak-Kanak Tercantik Di Dunia appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...