loading...

Sunday 21 January 2018

Datin Diana Danielle Mahu Masalah Suami Cepat Selesai

Kebelakangan ini, laman sosial dipenuhi dengan kes tentang Datuk Farid Kamil yang dikatakan telah menampar seorang naggota polis dan juga orang awam. Disebabkan itu juga, Datuk Farid Kamil juga telah ditahan oleh pihak polis dan akan disoal siasat.

Beberapa hari ini juga, terdengar tentang Datuk Farid Kamil juga telah dibebaskan dari permasalahan yang dilakukannya serta ditemani oleh isterinya Diana Danielle, adiknya Fadzil dan beberapa lagi rakan artis tempatan.

Menurut kenyataan Datin Diana, dia menyetujui dengan keputusan keluarga pihak suaminya untuk membawa pergi melakukan berubat secara tradisional. Datin Diana juga inginkan yang terbaik untuk masa depan suaminya.

Pada masa yang sama, Datin Diana tidak mahu membahaskan lebih lanjut tentang perkara berkenaan kerana dia ingin masalahan itu diselesaikan dengan cara peribadi.

“Terima kasih atas sokongan semua. Apa yang jadi ketentuan Allah. Saya berharap semuanya kembali baik seperti biasa. Kita perlu menyelesaikannya secara peribadi. Alhamdulillah, syukur segalanya berjalan lancar”

Menurut cerita yang telah mengaitkan nama pelakon hebat Datuk Farid Kamil beberapa hari yang lalu, ramai orang yang menyatakan bahawa permasalahan itu akan membawa kesan buruk terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon yang hebat selama ini. Datin Diana malah menafikan semua kenyataan-kenyataan yang telah wujud itu dan menyatakan perjalanan karier mereka sebagai pelakon berjalan seperti biasa kerana semuanya sudah terikat dengan perjanjian kontrak.

“Saya sudah terikat dengan kontrak, jadi perlu memberikan sepenuh komitmen. Mahu atau tidak, kena buat juga. Kerja akan diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya

Sedia maklum, Datuk Farid Kamil juga sudah dibebaskan dari tahan reman selama lima hari yang lalu dan dibebaskan dengan di ikat jamin oleh adiknya sendiri, Fadzil Zahari yang memakan jumlah RM12,000. Semasa berada di sidang Mahkamah, Datuk Farid Kamil juga telah mengaku tidak bersalah dengan segala pertuduhannya. Perbicaraan juga dikatakan ditangguh sehingga 5 Mac nanti.

Sama-sama kita doakan kepada Datuk Farid Kamil supaya kembali seperti biasa dan permasalah ini juga dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin. Diharap keluarga Datuk Farid Kamil dan juga Datin Diana sentiasa tabah dalam menjalani ujian ini.

Sumber: Hmetro.com.my

The post Datin Diana Danielle Mahu Masalah Suami Cepat Selesai appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...