loading...

Sunday 21 January 2018

Tips Membesarkan Payudara Dengan Cara Semulajadi

Kebanyakkan wanita amat mengidamkan saiz bentuk payudara yang besar dan seksi. Bagi wanita itulah aset yang paling penting untuk dijaga agar sentiasa kelihatan menarik tertarik. Bagi wanita yang sudah mempunyai suami, sudah pasti mereka lebih mementikan penjagaan aset mereka supaya si suami tidak terpikat dengan mana-mana wanita di luar sana.

Perkongsian ini bukannya seperti sebuah artikel yang berunsur lucah. kami mahu anda ambil bahagian yang positif sahaja untuk menjadikan rujukan buat wanita-wanita di luar sana.

Memiliki saiz payudara yang agak kecil sememangnya akan membuat seseorang wanita itu hilang kepercaya diri dan mereka tidak yakin dengan apa yang ada pada diri mereka. Ini kerana disebabkan permasalahan berkenaan, mereka mengalami kesukaran dalam mengenakan sesuatu pakaian atau gaun yang seksi. Disini kami ada dua cara yang ingin dikongsikan kepada para wanita agar payudara nampak besar dan seksi tanpa perlu sakit seperti melakukan pembedahan yang memakan perbelanjaan yang banyak dan membazir. Amalannya seperti melakukan senaman dan mengambil pemakanan yang berasaskan semulajadi.

Disini kami senaraikan 8 cara untuk anda amalkan demi mendapat saiz payudara yang di idamkan.

Tekan Tubi

Cara untuk membesarkan payudara denagan langkah yang pertama adalah dengan melakukan latihan tekan tubi seperti yang biasa dilakukan oleh orang lain. Jika bagi anda cara tekan tubi untuk orang lelaki amat susah untu anda lakukan, anda boleh bengkokkan lutut anda pada bahagian lantai.

Letakkan lutut anda di bahagian lantai maka beban yang anda rasakan akan bertumpu pada bahagian lutut dan dengan mengamalkan cara posisi ini ia dapat memudahkan anda untuk mengangkat nahagian atas tubuh anda. bagi sesiapa yang belum biasa melakukan tekan tubi sebaik-baiknya anda melakukan latihan yang agak ringan sebagai permulaan. Anda boleh lakukan tekan tubi sebanyak 5 atau hingga 6 kali pada minggu yang pertama.

Apabila memasuki minggu yang kedua dan seterusnya, anda boleh tambahkan lagi sedikit proses latihan tekan tubi menjadi 7 hingga ke 10 kali dalam masa seminggu pula. Jika latihan tekan tubi ini dilakukan dengan disiplin, anda akan melihabahagian otot dada dan bahagian bahu akan merasakan sedikit rasa kuat dan ketegangan.

Mengikut keadaan otot dada dan bahu, ia juga boleh memastikan ukuran pada payudara anda akan mengalami perubahan apabila ia akan kelihatan lebih besar dari saiz yang sebelumnya. Selain dari senaman tekan tubi ini di anggap satu cara yang efektif, ia juga merupakan satu senaman yang agak mudah untuk dilakukan dan pada masa yang sama ia juga memberkan kesan sampingan pada anggota tubuh yang lain.

Aktiviti renang

Membesarkan payudara ini juga memerlukan tenaga dan juga kemahiran. Lakukan senaman yang boleh merangsangkan otot-otot dada dan juga bahagian bahu yang boleh dilakukan dengan aktiviti berenang. Jika hobi anda adalah berenang itu sudah lebih bagus.

Untuk pengetahuan anda, tidak semua gaya renang boleh membentukan payudara menjadi besar. gaya kupu-kupu sahaja yang boleh memberi kelebihan dalam membesarkan saiz payudara anda. Bagi yang masih baru dalam aktiviti renang, mungkin anda akan mengalami sedikit kesukaran dalam menjalani gaya kuku-kupu ini kerana anda masih perlukan latihan yang khusus dari pelatih.

Lain pula bagi yang sudah biasa dengan gaya tersebut. gaya kupu-kupu juga boleh dijadikan rujukan untuk mendapatkan payudara yang lebih besar. Anda sudah tidak perlukan pembedahan yang menyakitkan dan pada masa yang sama ia amat berbahaya utuk kesihatan anda. Tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar, anda hanya perlu rajin mengamalkan senaman agar anda memiliki payudara yang anda ingini.

Pengambilan makanan yang boleh membantu membesarkan payudara

Kacang Soya

Anda mesti banyak makan kacang soya. Ini kerana, kacang soya memiliki kandungan estrogen yang semulajadi (Genistein) yang mempunyai hubung kait dengan reseptor payudara wanita. selain dari itu, pengambilan maka kacang soya ini juga boleh mencegah risiko kanser payudara.

Jangan minum minuman beralkohol

Minuman yang mempunyai alkohol memang tidak diwajibkan untuk yang beragama islam. Tetapi bagi yang bukan islam pula, ia sudah menjadi minuman harian mereka atau bagi menyambut majlis-majlis tertentu. Jika boleh, wanita seharusnya mengelakkan diri dari pengambilan air yang beralkohol. Ini kerana, air yang mempunyai alkohol ini boleh memjadi penyebab terhasilnya kanser payudara. Bagi yang minum air alkohol sebanyak dua kali sehari ini juga mempunyai risiko 21% kanser lebih tinggi.

Sayur-sayuran

Amalkan makan sayur-sayuran hijau seperti brokoli yang banyak menhgandungi sulforaphane dan ia juga boleh mencegah pembiakkan sel-sel kanser yang ingin tumbuh.

Makanan Laut/Ikan

Anda mesti banyak makan makanan laut seperti ikan. Ikan ini banyak mengandungi asid omega yang tinggi. Asid omega ini juga berfungsi untuk menguatkan lagi sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang pertumbuhan tumor yang boleh berkembang menjadi kanser.

Jaga kebersihan payudara

Anda mesti rajinkan diri dalam kebersihan payudara dengan lap mengunakan kain yang dibasahkan dengan air separuh panas.

Pengunaan masker

Cara-cara yang terakhir adalah seperti pengunaan masker. Anda boleh sapukan masler ke bahagian payudara kerana ia boleh memberikan kecantikkan serta kepadatan dan tidak mengalami kekenduran. Terdapat beberapa bahan-bahan yang boleh anda lakukan untuk menjadikan masker khas untuk payudara seperti:-

Kacang panjang

Anda perlu mengisar kacang panjang tadi dengan tambahkan sedikit air sehingga menjadi halus dan agak pekat. Sapukan masker tadi ke seluruh bahagian payudara kecuali bahagian puting. Biarkan masker tadi selama 15 minit kemudian bilas dengan mengunakan air suam. Pengunaan masker untuk payudara ini memberikan kelebihan dapat membesarkan saiz payudara anda.

Telur dan  Yogurt

Mula-mula anda hanya perlu campurkan sesudu sahaja yogurt dan pengunaan sebiji telur dan jika ingin mencampurkan vitamin E pun disarankan. Anda hanya perlu sapukan di seluruh payudara dan selepas itu urut secara perlahan-lahan sehingga masker tadi meresap sepenuhnya. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan mengunakan air suam sehingga bersih.

Susu dan Buah Epal

Apa yang anda perlukan adala pengunaan dua biji epal yang dipotong kecil kemudian campurkan dengan 1 liter susu. panaskan di atas api sehingga mendidih dan kental seperti pasta selepas itu biarkan seketika sehingga sejuk dan sapukan ke seluruh bahagian payudara. Jika anda mengamalkan kegunaan masker ini, ia boleh memberikan kulit payudara anda menjadi lembut serta menjadi elbih tegang dan cantik.

Semoga apa yang dikongsikan ini boleh memberikan rujukan untuk membesarkan payudara dan maanfaatnya boleh memberikan anda rasa yakin. Jika dengan hasil pengunaan tips-tips di atas dan anda mengalami kesan sampingan, seharusnya anda harus segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Selamat mencuba.

Sumber:  Siraplimau.com

The post Tips Membesarkan Payudara Dengan Cara Semulajadi appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...