loading...

Friday, 26 January 2018

Pesakit Wanita Ini Dicabul Oleh Jururawat Lelaki Di Dalam Wad

Mungkin amat jarang bagi kita mendengar pesakit dilakukan layanan yang tidak senonoh oleh staff hospital. Menjadi tular di laman sosial, apabila seorang pesakit wanita menangis kerana dicabul oleh seorang jururawat lelaki yang ditanggungjawabkan melakukan tugas untuk memeriksa pesakit secara kebiasaannya.

Walaupun mangsa di bawah pengaruh ubat bius, namun dia masih boleh sedar. Tuduhan wanita ini tentang pencabulan di hospital ini bukan satu tuduhan yang melulu.

Pesakit wanita di hospital berkenaan telah menangis dengan kuat dan menyatakan dirinya telah dicabul oleh seorang jururawat lelaki yang ketika itu sedang bertugas.

Sedangkan hendak menjamah sedikit makanan pun tidak lalu, hendak berjalan kepala terasa pening-pening. Wanita ini merasakan badannya rasa sangat lemah dan tidak berdaya. Setiap layanan yang baik di sebuah hospital adalah satu perkara yang amat diinginkan oleh mana-mana pesakit. Ada juga segelintir orang sanggup membayar mahal asalkan mendapat layanan yang baik dan teratur.

Tidak semua akan bernasib baik malah menjadi sebaliknya. Jururawat lelaki itu sendiri mengaku semua tuduhan yang dilemparkan padanya! Pernahkah anda rasa apabila berada di hosital tetapi layanan yang diberikan kepada anda amatlah buruk dan langsung tidak sopan.

‘Kamu mengaku dulu apa yang kamu buat! Kamu pegang payudara saya, kan? Kamu mencabul saya sampai 2 3 kali, kan?’

Jururawat lelaki dengan muka tidak bersalah itu hanya berdiri kaku di hadapan mangsanya. Akhirnya dia mengaku bersalah.

‘Ya, saya bersalah. Maafkan saya.’

Kemudian, dia cuba menunjukkan rasa kesalnya dengan bersalam dengan mangsa dan ahli keluarganya.

Video ini telah dimuatnaik oleh wanita berkenaan di laman instagramnya @thelovewidya yang menunjukkan seorang wanita yang sedang menangis sambil memarahi seorang jururawat lelaki yang dikatakan berlaku di sebuah Nasional Hospital di Surabaya, Indonesia.

‘Saya langsung tidak boleh tidur dan tidak boleh makan. Saya menangis dan hanya tidur selama setengah jam sahaja dan kemudian tidak pules..Saya tidak boleh makan..saya rasa terhina apabila anda menyentuh puting payudara saya.’

Apa yang ingin ditunjukkan di sini adalah wanita berkenaan telah menjadi mangsa cabul oleh jururawat lelaki itu semasa dia berada dia ats katil hospital dengan alasan untuk memeriksa keadaan pesakit wanita berkenaan.

Namun, seorang doktor berpendapat sebaliknya, Jadi, terang-terangan ini adalah kes pencabulan seksual terhadap pesakit. Lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh jantina berlainan.

Memetik Detik.com, Dr. Yusfa menjelaskan cara paling umum yang digunakan untuk membangunkan pesakit di bawah pengarus bius adalah dengan menepuk perlahan di bahu, tangan atau kaki pesakit.

‘Jika dia masih belum bangun, anda boleh menepuk pipinya.’ sambung Dr. Yusfa.

Membangunkan pesakit pula ada 3 sebab iaitu:

1) Membangunkan pesakit yang tidur
2) Membangunkan pesakit dari pengaruh ubat
3) Membangunkan pesakit untuk memeriksa pesakit

Jelas tiada alasan lain kenapa jururawat lelaki itu sengaja meramas payudara mangsa yang telah dibius ini!

Sebarkan artikel ini agar tiada wanita atau kanak-kanak pula yang menjadi mangsa pencabulan di hospital. Sama-sama kita berhati-hati, ya!

The post Pesakit Wanita Ini Dicabul Oleh Jururawat Lelaki Di Dalam Wad appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...