Setiap orang sudah pasti akan menemui pasangan hidup. Allah sudah mencipta setiap hambanya berpasang- pasangan itu memang sudah tertulis dari azali lagi. Cepat ataupun lambat sahaja penentunya. Sudah pasti semua golongan mengharapkan satu hubungan cinta yang suci serta berkekalan sampai bila-bila.
Namun, bagi orang yang berilmu dan juga golongan yang cerdik pandai, bagi mereka jika kita ingin mengetahui sejauh mana Allah SWT mencintai diri kita, seboleh-bolehnya kita tanya dulu pada diri sendiri sejauh manakah juga cinta kita pada Allah SWT.
Tanda Allah SWT menyintai kita, Allah SWT akan memberikan kekuatan kepada hambanya untuk menjadi seorang hamba yang soleh dan juga solehah. Allah akan memberikan kemudahan jalan untuk membantu mereka melakukan perkara yang menuju ke arah yang baik.
Oleh itu, anda haruslah sedia berjuang untuk menjadi seorang yang soleh. Itu adalah langkah yang membolehkan anda mendapatkan sepenuhnya cinta daripada Allah Swt. Menurut sebuah hadis yang bermaksud: “Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci. Tetapi Dia tidak memberikan (kesedaran) beragama, kecuali kepada yang Dia cintai . Maka barang siapa yang diberikan (kesedaran) beragama oleh Allah, bererti ia dicintai olehNya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baihaqi.
Kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana, Allah sayang pada kita.
Di awal pertemuan yang tidak disengajakan, itu semua adalah perancangan dari Allah..
Kita bersahabat sehingga bertahun-tahun lamanya, itupun Allah yang merancang..
Terbitnya rasa cinta dan suka diantara satu sama yang lain, itu semua Allah yang berikan. Walaupun masih banyak halangan dan cubaan yang menimpa kita, semua itu Allah yang mengaturkan..
Kita dijauhkan adalah untuk terus mencapai keredhaanNya dan semua itu Allah yang merancang. Tugas kita hanya mampu untuk terus berdoa demi kebahagiaan sesama kita. Semua itu Allah yang timbulkan ke dalam hati kita
Kita juga harus mengetahuinya, adakah hubungan kita ini akan terus berkekalan hingga ke Jannah atau hanya hanya dipertemukan untuk sementara sahaja, itu semua Allah yang tentukan dan janganlah risau memikirkannya.
Sekiranya kamu adalah jodoh yang telah ditulis di Luh Mahfuz untuk kita. Dengan izin Allah cepat atau lambat kita akan bersatu juga walaupun kita dipisahkan dengan waktu dan jarak.
Itu adalah satu perbuatan yang salah. Allah telah hadirkan seseorang untuk kita saling mengenali dan semua itu untuk menguji dan pada masa yang sama melihat siap dan keperibadian kita. Jika Allah telah merancang akan sesuatu, itu bukanlah untuk suka-suka tetapi sebaliknya Dia ingin melihat kesungguhan dan melihat apa yang akan kita lakukan. Ataukah ia hanya akan hanyut dibawa perasaan?
Ataupun akan terus berpaling dan terus mencintai Allah sebagai pencipta.
Adakah kita cuma mampu untuk berserah dan tidak ada usaha ke arahnya?
“Aku hanya mencintai dia”
“Hanya untuk cinta?
“Selepas ini?
“Mempunyai perasaan cinta sahaja memang tidak mencukupi. Kita haruslah memimpin dia. Kalau-kalau dia melakukan kesalahan dalam sembahyangnya,jadi kita dipertanggungjawab untuk membetulkan kesalahan tersebut. Andai dia tidak pandai mengaji, kita harus tunjukkan cara-caranya. Jika dia tidak faham akan hukum, kita hendaklah mengingatknnya.
Ini semua adalah disebabkan Perkahwinan, “Pernikahan itu bukalah sekadar hanya cinta sahaja. Itu kerana Pernikahan itu diadakan adalah untuk melengkapi agama sebagai suatu perkara ibadah.”
Mungkin agak sukar bukan?
Memang Ya, sebab Perkahwinan dan Pernikahan ini adalah satu tanggungjawab yang besar ia bukan hanya sekadar melafaskan Akad Nikah semata-mata.
Melangkah ke alam perkahwinan dan pernikahan ini bukanlah sesenang yang kita sangka. Selepas sah menjadi suami isteri, bermulalah tanggungjawab yang sangat besar akan anda hadapi. Oleh itu, amat penting setiap pasanagn itu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Sentiasa dekatkan diri pada Allah dan cintailah Allah lebih dari segala-galanya. Semua yang kita ada di dunia ini adalah janya pinnjaman sementara bukannya kekal.
Sumber: Akupenghibur.com
The post Pertemuan, Percintaan Itu Semua Itu Allah SWT Yang Rancangkan appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment