loading...

Friday, 26 January 2018

Suami Sanggup Tendang Isteri Gara-Gara Halang Pandangan Main PS4

Pada awal perkahwinan, rasa manis itu semua dirasai dengan rasa gembira dan berharap semuanya ajan kekal sampai bila-bila. Tapi ada segelintir pasangan tidak akan bernasib baik untuk kekalkan rasa kebahagiaan berumahtangga. Perangai juga boleh berubah-ubah. Selalunya lelaki yang selalu buat perangai dan yang jadi mangsa adalah isteri.

Berikut kami kongsikan kejadian seorang isteri yang menjadi mangsa sepak terajang oleh suaminya sendiri tepat di bahagian punggung hanya disebabkan dia tidak sengaja menghalang pandangan suaminya yang sedang leka bermain permainan video PS4.

Terkejut dengan tindakan kasar suaminya itu, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk lari dari rumah selama seminggu dan langsung tidak pulang ke rumah.

Disebabkan hal itu, suaminya rasa susah hati dan meminta pandangan dari masyarakat di luar sana dan apa yang harus dia lakukan untuk memujuk isterinya pulang ke rumah.

Salam admin, tolong kaburkan nama facebook saya. Saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan isteri saya Saya juga memiliki tabiat buruk yang tidak boleh dihakis iaitu sangat taksub dengan permainan video games. Bermacam-macam kolekso games yang saya ada dan isteri saya juga sudah sedia maklum dengan perangai saya yang sangat meminati dan menganggap permainan games ini adalah satu hobi.

Permulaan ceritanya begini, pada hari itu, saya tengah terlalu leka dengan permainan games Ps4. Mungkin isteri saya tidak perasan dan dengan mula selamba dia halang pandangan saya sambil menunduk dan tonggeng punggungnya yang ketika itu dia sedang emmakai seluar legging yang ketat yang bercorak kulit harimau. Saya langsung tidak tahu apa helahnya berbuat begitu.

Oleh kerana terlau taksub dengan games lagi-lagi bila melihat perangai dia macam itu, darah saya terus menyirap dan tanpa berlengah masa lagi terus bangun dan terus tendang punggung isteri saya dan oleh disebabkan tindakan teruk saya itu, kepala isteri saya terhantuk di permukaan televisyen LED yang baru sahaja dibeli dan malangnya ia telah rosak.

Oleh kerana begitu terkejut dengan tinndakan saya menendang punggungnya itu, isteri saya terus saja melarikan dirinya dan terus masuk ke dalam bilik tidur kami. Pada masa yang sama, boleh pula saya berasa sedih melihat televisyen telah pun rosak. Saya hanya memikirkan tentang permainan games saya sahaja. Saya langsung tidak memikirkan perasaan isteri saya ketika itu.

Sekarang sudah genap seminggu sudah isteri saya tinggalkan rumah kami tanpa apa-apapun berita darinya. Saya rasa mungkin dia membuat keputusan untuk pergi ke rumah ibunya.

Sekarang kepala saya serabut dan saya ingin meminta jasa baik orang-orang diluar sana agar memberikan saya pendapat agar saya dapat memujuk isteri saya agar pulang ke rumah semula. Jika saya berjaya memujuk dia balik, adakah akan terbuka hatinya untuk membelikan sebuah televisyen yang baru kerana disebabkan kepala dia yang terhantuk hari itu. Jika dia juga ada di dalam page ini kerana dia pernah menceritakan tentang page Kisah Rumahtangga kepada saya tempoh hari.

Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, anda hendaklah melayan isteri anda sebaik yang mungkin. Janganlah hanya disebabkan perkara yang remeh, anda sanggup mengasari isteri anda. Kelakuan seperti itu langsung tidak bagus dalam sebuah perhubungan. Haruslah sama-sama bertolak ansur. Memang patut isteri anda merajuk kerana anda sudah mengunankan kekerasan terhadap dirinya.

Jadikan semua ini sebagai pengajaran dan anda seharusnya belajar bersabar dan menahan amarah demi sesuatu yang sia-sia. layanilah isteri anda dengan elmah lembut. Jangan seseklai berlaku kasar terhadap mereka. Ini kerana kaum wanita adalah insan yang lemah. Anda sebagai seorang lelaki dan suami seharusnya melindungi mereka bukannya menganiaya mereka.

Sumber: Facebook/Kisah Rumah Tangga

The post Suami Sanggup Tendang Isteri Gara-Gara Halang Pandangan Main PS4 appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...