loading...

Monday 15 January 2018

‘Kalau Berterusan Macam Ini, Kualiti Drama Dekat TV Akan Jahanam’ – Nabila Huda Persoal Kualiti Pelakon Baru

Nampaknya Twitter menjadi antara platform bagi kebanyakan artis Malaysia bersuara kegusaran mereka. Jika anda perasan, drama yang ditayangkan memperkenalkan wajah-wajah baru pelakon muda yang menggalas watak utama, ianya memberi sedikit impak kepada pelakon-pelakon lama di industri kita.

Jika sebelum ini, pelakon Beto Kusyairi dan Zahiril Adzim pernah meluahkan kekecewaan mereka dengan industri perfileman negara, baru-baru ini seorang lagi perlakon tempatan memberikan keluhan yang sama.

Nabila Huda atau lebih dikenali ramai sebagai Abil semalam ada memuat naik status mempersoalkan tentang pelakon-pelakon baru industri. Menerusi Twitter, Abil bertanya pandangan orang ramai patutkah pelakon extra/baru diberi watak berat dan utama untuk slot penting di stesen TV?

Mungkin ini hanyalah pandangan dari pelakon lama, dan ada benar apa yang dipersoalkan Nabila Huda itu. Seolah-olah tidak memerlukan usaha keras untuk berjaya, hanya berbekalkan wajah yang cantik, kulit putih, anda akan berjaya tidak seperti pelakon-pelakon lama yang memerlukan usaha keras dan juga pengorbanan sebelum bergelar artis yang berjaya.

Namun ianya adalah rezeki masing-masing, siapa kita untuk mempersoalkan rezeki orang lain. Ada segelintir netizen berpendapat bahawa tidak perlu mempersoalkan rezeki orang lain. Namun ianya perlu untuk membuka mata pihak tertentu untuk mempertimbangkan pendapat orang lama dalam industri agar drama melayu sentiasa berada di ranting terbaik.

Sumber: Twitter/Nabila Huda

The post ‘Kalau Berterusan Macam Ini, Kualiti Drama Dekat TV Akan Jahanam’ – Nabila Huda Persoal Kualiti Pelakon Baru appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...