loading...

Thursday 18 January 2018

5 Sebab Pasangan Suami Isteri Tidak Boleh Tidur Secara Berasingan

Setiap bagi pasangan yang sudah berkahwin, sudah pasti ada pasang surutnya dalam perhubungan. Tipulah jika dalam perhubungan tidak pernah bergaduh dan bermasam muka. Setiap pasangan pasti akan melalui fasa sebegitu. Ibarat lagu Tan Sri P.Ramlee ‘Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.’

Ada segelintir suami isteri kalau bergaduh sudah pasti si suami terpaksa tidur di luar, kerana si isteri masih merajuk atau marah.

Mungkin selalu kita lihat dalam drama-drama melayu, kalau suami isteri gaduh, mesti suami tidur di sofa. Namun adakah anda tahu, dalam dunia realiti juga sudah banyak pasangan yang kerap mengasingkan tempat tidur walaupun mereka tidak bergaduh atau bersengketa.

Mungkin ada pasangan yang tidak berapa gemar dan selesa berada di dalam bilik, ada juga antara mereka lebih sukakan baring di depan televisyen di ruang tamu. Malah ada juga yang tidak tahan dengan bunyi dengkuran suami atau isteri masing-masing yang menganggu tidur. Mungkin ada si antara kita menganggap apa yang ilakukan ada satu perkara yang remeh dan biasa. Ikuti perkongsian sebentar nanti, dan anda boleh pertimbangkan kjika sebelum ini anda kerap mengasingkan tempat tidur bersama pasangan anda.

Anda akan kehilangan masa mesra bersama

Menurut kajian dari pakar, masa sebelum masuk tidur adalah satu perkara yang amat berharga bagi kebanyakkan pasangan.

Sebab pada waktu inilah setiap pasangan akan berada dalam mood tenang. Pada masa yang sama juga, perbualan antara sesama sendiri akan bermula maka hubungan kemesraan akan terjalin. Setiap permasalahan yang berlaku boleh dibicarakan dengan cara yang baik. Disamping itu juga, ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan memasang percaya terhadap pasangan masing-masing.

Mempengaruhi mood untuk hari esok

Jika setiap pasangan sentiasa sibuk dengan kerja masing-masing, sudah pasti mereka akan masuk tidur tidak tentu masa, kadang-kadang sehingga lewat malam. Bila bangun pada keesokkan harinya, sudah pasti mereka akan merasakan ada perkara yang tidak kena.

Mengikut kajian, mood seharian juga boleh memberi kesan yang buruk pada hubungan. Ia juga boleh mengakibatkan gangguan perasaan yang tidak menentu. Ini selalu dikaitkan dengan para wanita.

Mengakibatkan berlakunya salah faham

Jika pengasingan tempat tidur ini dimulakan, pasangan akan mengalami kurang untuk bercakap dan berbual. Cuba anda bayangkan , jika waktu pagi masing-masing sibuk dengan kerja dan bila balik saja dari tempat kerja si siteri pula sibuk dalam menguruskan anak-anak. Maka waktu yang sesuai adalah waktu malam untuk diluangkan bersama.

Jika pada waktu itu juga diabaikan, maka tiadalah masa untuk anda berdua luangkan. Andai saja setiap hari anda ulangi tabiat sebegitu, maka makin berkuranglah untuk anda memahami pasangan. Akan bermulalah pergaduhan kecil dan akan menjadi semakin besar jika terus dibiarkan begitu saja.

Memberikan contoh yang tidak bagus untuk anak-anak

Ambil berat tentang masa tidur bukannya penting untuk anda dan pasangan sahaja. Anak-anak juga turut mendapat tempiasnya. Apa yang akan anak-anak anda fikirkan jika tiba-tiba dia terjaga pada waktu malam dan melihat ibu dan bapanya tidur berasingan.

Pada masa yang sama, tidur mereka akan terganggu oleh kerana anda memasang televisyen dan lampu di ruang tamu. Mereka juga akan terikut-ikurt dengan contoh yang diberikan oleh ibu bapa mereka yang menonton tv sehingga larut malam. Secara keseluruhannya kita tahu tidur yang cukup itu adalah satu perkara yang penting. Ini juga akan memberikan kesan pada tumbesaran dan emosi mereka jika menginjak dewasa.

Suasana rumahtangga menjadi muram

Tidur bersama-sama pasangan bukan hanya untuk berhubungan intim semata-mata sahaja.

Pasangan yang bahagia dengan kehidupan mereka adlah mereka yang memiliki jarak tempat tidur 30 inci antara satu sama lain. Makin rapat anda tidur, makin eratlah hubungan anda.

Andai saja setiap dari anda hanya fokus dengan kerja masing-masing, tidak hairanlah hubungan suami isteri menjadi suram dan tidak mesra. Masa itu juga akan wujud perasaan prasangka buruk antara satu sama lain.

Ruangan tempat tidur adalah kawasan yang paling selesa bagi setiap pasangan

Sains dan juga Psikologi juga sudah membuktikan dan turut menyarankan agar pasangan sentiasa mengekalkan tabiat tidur bersama walaupun suatu hari nanti anda akan menginjak umur tua. Jangan pula,kalau sudah tidur sekatil anda sibuk dengan telefon pintar masing-masing sehingga lewat malam.

Paling penting, tataplah wajah pasangan anda dan sering bertanyakkan apa yang telah dilakukan sepanjang hari. Cubalah untuk bergurau senda dan dakaplah pasangan anda. Pada masa yang sama, jadikan tempat tidur sebagai tempat untuk kita tambah tenaga dengan mempunyai perasaan yang gembira dan bukan sebaliknya yang berlaku.

Mulakan dari sekarang, walau apa pun yang terjadi dan berlaku dalam rumahtangga anda, jangan sesekali pisah tempat tidur. Sebelum anda menyesali perbuatan anda itu. Perbaikilah hubungan jika mempunyai masalah, Jangan dibiarkan perkara tidak baik itu melanda hubungan mesra anda.

Sumber: Siraplimau.com

The post 5 Sebab Pasangan Suami Isteri Tidak Boleh Tidur Secara Berasingan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...