loading...

Sunday 21 January 2018

Jangan Bagi Anak-Anak Terlalu Awal Minum Milo, Terdapat Keburukan Yang Anda Tidak Ketahui

Kebanyakkan ibu bapa sekarang fikir yang milo adalah minuman yang tidak akan mendatangkan bahaya kepada anak-anak yang masih kecil. Milo memang kegemaran berbagai peringkat usia. Mungkin kerana rasanya yang sedap ramai yang tidak tahu keburukan terhadap pengambilan milo secara berlebihan, apa lagi buat kanak-kanak kecil.

Pernah atau tidak anda perasan, setiap kali anak-anak anda minum milo, anak-anak anda akan mempunyai kahak. Anak-anak akan mengalami susah untuk membuang air besar.

Maltodextrin ini bukan sahaja tidak baik untuk kanak-kanak ia sebenarnya tidak bagus juga untuk peringkat dewasa. Milo sebenarnya diperbuat dari sirap jagung manakala jagung pula mengandungi GMO.

Adakah anda tahu bahawa sirap jagung ini berfruktos yang tinggi (HFCS). Ia merupakan sejenis bahan pemanis yang diproses secara keseluruhan dari jagung. Secara amnya bahan ini semuanya di import dari negara Amerika Syarikat yang merupakan pengeluar yang paling terbesar di serata dunia.

Sirap jagung juga merupakan bukan untuk kegunaan dalam amkanan manusia dan makanan haiwan malah keseluruhan pengunaannya dalam kegunaan seharian kita seperti minyak untuk engin,cat,plastik,pelekat,bateri,minyak wangi dan sebagainya yang tidak boleh untuk kita bayangkan. Kegunaan jagung ini sebenarnya bukannya jagung yang kita makan begitu sahaja, tetapi jagung yang sudah di awet terlebih dahulu.

Terdapat banyak lagi makanan yang mengandungi sirap jangung ini kerana ia juga merupakan sebahagian besar produk-produk Kellog’s dan juga sebahagian besar produk Heinz, produk Kraft, coklat Hershey’s, ais krim, coca-cola, pepsi, sprite, A&W dan banyak lagi makanan dan minuman seharian yang selalu kita ambil.

Sirap tebu ini sebenarnya berharga lebih murah dari gula tebu. Pengunaan sirap jagung ini sebenarnay telah digunakan secara merata sebagai bahan ganti pengunaan gula dalam kebanyakkan produk makanan. Sirap jagung ini sebenarnya akan terus meresap ke dalam tubuh badan. Terdapat kesan negatif kerana ia tidak diproses sepenuhnya pada tubuh badan. Ia juga berpunca dari terjadinya obesiti ataupun kegemukan serta membuat kita cepat berasa lapar.

Mahukah anda tahu, kenapakah apabila kita minum milo akan cepat berasa lapar? Ini kerana pengunaan sirap jagung ini akan menghalang pengeluaran leptin protin yang memberi arahan kepada sel otak kita bila berasa kenyang. Masa yang sama juga, sirap jagung tidak akan mengeluarkan ghrelin. Ia seperti ingin memberitahu bahawa anda sedang lapar. Pengakhirannya anda akan terus makan tanpa henti.

Menurut pakar kaji, HFCS ini boleh merosakkan tisu dan mengakibatkan risiko penyakit kencing manis. Kebanyakkan produk mengandungi lima kali ganda bahan pemanis berbanding gula tebu. Pihak pengeluar sudah pasti akan menyembunyikan pengunaan HFCS disebalik pengunaan nama sirap jagung.

Sudah anda ketahui keburukan milo, sekarang anda mesti berhati-hati dalam membeli apa-apa produk makanan atau minuman. Sebelum membeli, anda seharusnya memeriksa kandungan pada barang yang akan dibeli itu. Mulai sekarang kita sama-sama belajar dan mengambil penting tentang semua ini. Selamat mencuba.

Sumber: Sehinggitmedia.blogspot.my

The post Jangan Bagi Anak-Anak Terlalu Awal Minum Milo, Terdapat Keburukan Yang Anda Tidak Ketahui appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...