loading...

Thursday 18 January 2018

Putus Asa Mencari Pasangan Hidup, Wanita Ini Buat Keputusan Kahwini ‘Captain Jack Sparrow’

Perkahwinan adalah impian setiap orang. Mengahwini insan yang kita sayang adalah memori yang amat indah dan tidak mungkin akan dilupakan. Tapi lain pula bagi seorang wanita yang berusia 45 tahun ini.

Beliau menyuarakan keinginannya untuk berkahwin dengan roh lanun yang telah mati berabad-abad yang lalu iaitu pada abad ke 18 selepas berputus asa mencari pasangan hidup yang sebenar.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Amanda Teagur pada masa yang sama amat meminati watak Jack Sparrow dan telah membuat satu keputusan selepas dia manyatakan dapat merasai kehadiran roh lanun berkenaan dan turut telah menjalinkan hubungan dengan roh berkenaan.

Walau secara logiknya Amanda langsung tidak boleh melihat raut wajah bakal suaminya itu, tetapi hatinya kuat dapat merasai kehadiran hantu lanun berkenaan yang digelar sebagai Jack Sparrow mengikut rasa percaya yang kuat pada lanun.

Menurut cerita asal, Jack merupakan seorang lanun dari Bangsa Haiti telah dijatuhkan hukuman pancung di atas melakukan kesalahan jenayah berat yang telah dilakukan pada tahun 1700 dahulu.

Menurut Amanda lagi, mengikuti kepercayaannya, Jack juga semestinya memiliki rupa paras yang serupa seperti Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.

Amanda pada sebelumnya pernah berkahwin dan mempunyai seramai enam orang anak dari hasil perkahwinannya yang terdahulu. Dia juga mengakui tidak pernah merasa bahagia seperti sekarang.

Majlis perkahwinan berkenaan telah diadakan di atas sebuah bot yang berada di kawasan perairan antarabangsa sambil dihadiri dan disaksikan seramai 12 orang ahli keluarganya.

Malah dalam gambar tersebut, mereka telah mengantikan tubuh badan Jack Sparrow dengan memasang lilin, bendera dan lain-lain lagi.

Perkara yang pelik-pelik sebegini bukanlah perkara yang pelik bagi mereka. Kebanyakkan mereka yang kesunyian semakin suka berkahwin dengan benda-benda yang tidak masuk akal. Cinta bagi mereka bukan hanya melibatkan sesama manusia sahaja.

Sumber: Dailymail.co.uk

The post Putus Asa Mencari Pasangan Hidup, Wanita Ini Buat Keputusan Kahwini ‘Captain Jack Sparrow’ appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...