Setiap kelakuan dan apa yang dilakukan oleh mereka sering menjadi perhatian peminat-peminat. Golongan selebriti memang sentiasa menjadi tatapan umum. Oleh itu banyak juga artis-artis yang selalu mendapat kecaman demi kecaman setiap masa. Menjadi seorang selebriti ini, seharusnya kuat dari segi emosi dan mental. jika lemah, memang anda akan terus kena kecam setiap masa.
Namun ada juga kebanyakkan artis yang pernah digosipkan semasa berada di set pengambaran mereka dikatakan mengadakan cinta lokasi. Mungkin anda selalu dengar tentang artis-artis yang terlinbat dengan cinta lokasi. Ada juga artis yang profesional mereka hanya mengambil mood untuk berlakon dengan hero gandingan mereka dan apabila pengambaran habis, masing-masing buat hal sendiri.
Ramai juga artis-artis yang memilih pasangan hidup dari dumia artis itu sendiri dan dalam industri hiburan yang sama. Pada mulanya terjebak dalam cinta lokasi dan mebgakhirinya dengan sebuah perkahwinan.
Disini kami ingin berkongsikan dengan anda 5 selebriti Malaysia yang pernah menjadi perbualan hangat kerana mengadakan cinta lokasi.
Norman Hakim Dan Memey Suhaiza
Pasangan Memey dan juga Norman ini dahulunya pernah digandingkan bersama dalam satu drama yang bertajuk Pasrah dan selepas itu telah mencetuskan kontroversi terhadap kedua-dua pelakon ini. Pada ketika kontroversi iytu hangat diperkatakan, status Norman ketika itu masih lagi menjadi suami yang sah kepada pelakon Abby Abadi. Disebabkan permasalahan itu, isu rumahtangga Norman Dan Abby bergolak dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk bercerai.Namun apa yang terjadi, Norman Dan memey akhirnya berkahwin pada tahun 2011.
Aeril Zafril dan wawa Zainal
Bermulanya perkenalan pasangan ini pada tahun 2010 semasa berada di set pengambaran drama Klik. Dikatakan masa itu Aeril dan Wawa telah timbul bibit-bibit cinta dan menjalinkan hubungan yang serius. namunmalangnya hubungan cinta mereka terhalang oleh pihak pengurusan kerana ketika itu, wawa masih lagi terikat dengan kontrak. Dalam diam-diam, pasangan manis ini telah bernikah secara rahsia pada bulan Februari pada tahun 2012.
Akim Dan Stacy
Akim dan juga Stacy mula mengenali semasa kedua-dua mereka menceburi program realiti Akademi Fantasia. Pada masa itu Akim masih berumur 18 manakala Stacy 19 tahun. Kalau sudah jodoh tidak akan kemana-mana. Akhirnya pasanagn penyanyi ini membuat keputusan untuk berkahwin pada tahun 2016.
Fadzil Zahari Dan Yana Samsudin
Bagi pasanagn ini pula, mereka mula menjalinkan hubungan cinta semasa pengambaran filem Remit V3. Fadzil yang merupakan seorang penulis skrip filem berkenaan dan pada masa yang sama Yana juga adalah penolong kepada pengarah. Akhirnya mereka berkahwin pada 3 Februari 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki yangdiberi nama Aisy Mateen.
Fazura Dan Fattah Amin
Bagi pasangan Fazura dan juga Fattah Amin telah mencetuskan pelbagai persoalan dan gosip diantara kisah percintaan mereka. Ada juga yang menyatakan, pasangan manis ini mula menjalinkan cinta semasa digandingkan bersama dalam sebuah drama cinta Hero Seorang Cinderella. Apa yang lebih mengejutkan lagi, semasa belum tersebarnya secara meluas tentang percintaan mereka, Fattah Amin dikatakan telah menghadiahkan Fazura sebanyak 500 kuntum bunga ros. Perkahwinan dan majlis pertunangan pasangan ini diadakan secara tertutup dan rahsia. Memang banyak persoalan dalam perancangan pasanagn ini. Sekarang mereka masih lagi sibuk berbulan madu di luar negara.
Walaubagaimanapun, semoga rumahtangga yang terjalin akan merlarutan sampai bila-bila. Doakan kebahagiaan mereka. Bagi yang sedang patah hati itu, jangan risau banyak lagi artis-artis baru manalah tahu ada kalangan artis-artis yang masih mencari cinta akan mengikut jejak 5 artis di atas ini.
Sumber: Rotikaya.com
The post 5 Artis Yang Pernah Terlibat Dalam Cinta Lokasi Dan Berakhir Ke Jinjang Pelamin appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment