loading...

Thursday, 18 January 2018

Disiplinkan Diri Untuk Dapatkan Waktu Tidur Yang Lena Dan Mencukupi

Waktu tidur adalah amat penting bagi semua orang. Tipulah jika seseorang itu tidak memerlukan masa untuk tidur dan merehatkan diri. Kita sebagai manusia memang memerlukan masa itu kerana kita bukannya robot untuk bekerja setiap masa. Rehat juga harus mencukupi.

Setelah sepanjang hari melakukan pekerjaan dan berasa penat kerana bekerja seharian. Apabila badan sudah berasa terlalu penat, sudah pasti apa yang bermain di fikiran kita adalah untuk tidur. Tidak semua dapat melelapkan mata dengan senang, seperti letak saja kepala di atas bantal terus tidur.

Mungkin ada dikalangan kita pernah merasai perkara sebegini, apabila berada di tempat kerja, rasa mengantuk itu seperti tidak boleh tertahan lagi, Bila saja sampai di rumah dan baring di atas katil secara semulajadi mata menjadi segar bugar. Sudah pasti perkara sebegini sangat menjengkelkan.

Kami ada 5 cara yang boleh membantu anda mengatasi permasalahan ini

Jangan minum kopi atau minuman berkafien pada tengahari

Pengambilan terlalu banyak minuman yang berkafien adalah perbuatan yang sepatutnya dielakkan. Jika anda ingin minum juga, sebaiknya anda minum dalam pengambilan yang sedikit sahaja seperti minum untuk wakti pagi sahaja. Jangan minum sebaik sahaja menjelang tengahari kerana ia akan menganggu masa tidur anda.

Jangan berhadapan dengan komputer

Mungkin kebanyakkan dari kita pasti tidak akan lekang mata dari mengahadap gadget walaupun sudah tiba masanya masuk tidur. Walaupun mata sudah mula mengantuk, tetapi jari jemari masih lagi menekan punat gadget sambil melihat cerita di laman sosial.

Seharusnya anda perlu membiasakan diri jika masuknya waktu tidur, anda tidak akan mengalami masalah untuk tidur. Apabila sudah berada di tempat tidur, seharusnya anda memaksa mata untuk tidur.

Elakkan mengambil makanan berat pada tengah malam

Bila perut sudah berasa sangat lapar dan tidak dapat ditahan lagi, memang sukar untuk kita menahan nafsu makan.

Pengambilan minum susu dan juga teh adalah minuman yang bagus untuk kita minum menjelang waktu malam kerana ia boleh memberikan ketenangan semasa proses untuk tidur.

Miliki tilam yang bermutu tinggi

Seandainya anda mempunyai kemampuan yang lebih, apa salahnya anda gunakan kelebihan itu untuk memiliki sebuah tilam yang bermutu dan berkualiti. Mempunyai tilam yang berkualiti tinggi ini membolehkan tidur anda menjadi lebih lena. Jika memiliki tilam yang selesa maka waktu tidur anda akan lena. Pastikan suhu bilik dalam keadaan sejuk dan lampu ditutup supaya keselesaan itu dinikmati.

Mandi air panas

Mengambil mandian seperti air yang hangat atau panas ia juga boleh mennjadikan tubuh badan kita menjadi lebih tenang. Selepas sahaja mandi air panas keadaan otak kita akan merangsangkan otak dan tubuh menjadi mengantuk dan memudahkan proses tidur anda. Seperti gunakan syampoo yang berasaskan bahan-bahan botanikal kerana ia seumpama aromaterapi bagi membantu anda menjadi lebih tenang.

Jika inginkan masa tidur yang teratur dan lancar, anda seharusnya mengajar diri anda untuk disiplin ketika ingin masuk tidur agar anda tidak terlalu leka dengan telefon pintar. Anda memang layak untuk dapatkan masa tidur yang cukup.

Sumber: Soyalemon.com

The post Disiplinkan Diri Untuk Dapatkan Waktu Tidur Yang Lena Dan Mencukupi appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...