loading...

Wednesday 17 January 2018

Pergaduhan Antara Ifa Raziah Dan Roslan Shah Sampai Melibatkan Polis

Kebelakangan ini ada ura-ura yang tidak sedap didengar apabila dua orang artis yang dikenali ramai telah mencetuskan perbalahan serta bergaduh sesama sendiri. Artis yang dikatakan itu adalah Ifa Raziah dan juga Roslan Shah masih berlarutan sehingga kini.

Menurut sumber, pergaduhan ini tercetus apabila Roslan Shah dikatakan telah memaki serta menghina Ifa Razian serta anaknya dengan perkataan yang tidak senonoh.

Mohd Yani Abd Rahman, selaku pengurus dan juga suami kepada Ifa Raziah berkata, Isterinya telah memuatnaik satu video di laman IG Live milik Ifa Raziah pada hari khamis yang lalu, dan kandungan video berkenaan telah didakwa kerana seperti mangancam selebriti tersebut.

Ifa Raziah juga menyatakan bahawa dia kini telah menerima satu panggilan dari pihak polis Johor bahru yang telah dilaporkan oleh Roslan Shah terhadap dirinya.

“Video itu merakamkan gurauan spontan salah seorang rakan yang terlibat dalam sesi latihan badminton yang berlangsung pada ketika itu dan ia tidak bermaksud apa-apa.

“Saya sendiri terkejut apabila ia dijadikan isu sehingga menerima panggilan daripada pihak polis pada pagi ini dan dimaklumkan tentang laporan tersebut yang dibuat di Johor Bahru oleh Roslan.

“Apa pun kami akan memberikan sepenuh kerjasama dan bersedia dipanggil pihak polis pada bila-bila masa,” kata Mohd Yani.

Menurut kata suami Ifa Raziah pada mulanya mendapat cerita ini, dia menjadi tersangat marah dengan apa yang telah dikatakan Roslan kepadanya. Lama-kelamaan dia jadi malas hendak layan cerita-cerita yang tidak penting ini dan menganggap bahawa artis lelaki berkenaan semata-mata ingin mencari populariri murahan.

“Saya ingat selepas status pemohonan maaf yang dibuat di Instagram miliknya minggu lalu, isu ni sudah reda biarpun belum selesai.

“Rupa-rupanya ia masih lagi berlarutan dan timbul pula dakwaan baru yang saya sifatkan tidak berasas langsung.

“Pada saya apa yang dilakukan ini adalah hanya untuk menjatuhkan Ifa dan menarik perhatian orang ramai semata-mata,” katanya.

Pergaduhan antara artis-artis Malaysia ini bukanlah satu perkara yang baru kita dengar. Bermacam-macam lagi permasalahan yang timbul apabila satu pihak berasa dengki dan iri dengan kejayaan sebelah pihak lagi. Sahabat baik pun boleh boleh bergaduh jika sama-sama tidak mahu mengaku kalah. Apabila keegoaan telah menguasai minda apalagi jika seseorang itu bergelar artis tanah air. Satu Malaysia akan tahu benda-benda sebegini. Seelok-eloknya kita sesama manusia ini tidak elok bergaduh, jika boleh selesaikanlah dengan cara yang profesional. Jangan sampai memalukan diri sendiri. Tutuplah aib sesama sendiri.

Sumber: Sinarharian.com.my

The post Pergaduhan Antara Ifa Raziah Dan Roslan Shah Sampai Melibatkan Polis appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...