loading...

Sunday, 21 January 2018

Cara Jimat Untuk Menceriakan Ruang Rumah Anda Tanpa Perlu Mengecat

Kebanyakkan orang diluar sana, amat gemar mengunakan cat sebagai memberikan suasana yang lebih menyerlah di dalam rumah. Setiap orang memang menginginkan rumah idaman mereka kelihatan cantik, kemas dan menenangkan. Adakah anda tahu, terdapat cara lain juga anda boleh gunakan selain mengunakan cat. cat rumah kini bukannya murah, semuanya mahal-mahal. Kadang kala kita tidak ammpu untuk membelinya.

Secara amnya kita kan mengunakan cat yang berwarna lembut sepeti warna putih, cream, beige dan sebagainya. Macam mana caranya untuk kita memberikan keceriaan dan memberi suasana yang tenang jika kita malas hendak mengunakan cat dan juga mengecatnya.

Punca utama yang menjadi permasalahan ialah kita tidak mempunyai banyak bajet untuk membeli cat yang kita sukai. Disini kami kongsikan beberapa cara untuk memberikan keceriaan di ruangan rumah tanpa mengunakan sedikit cat.

Anda boleh jadikan apa yang dikongsikan ini sebagai rujukanuntuk menhias ruang rumah anda

Gunakan warna langsir yang terang

Pengunaan warna langsir lebih terang boleh menjadikan ruang tamu anda akan kelihatan lebih luas dan mewah.

Guna karpet yang berwarna lebih garang

Pemilihan warna yang garang untuk karpet di ruang lantai akan menambahkan ruang tamu kelihatan lebih menarik dan luas.

Letakkan lampu meja yang bercorak

Jika anda selitkan lampu meja di penjuru ruang tamu anda, ia akan menampakkan lagi ruang tamu anda tidak kelihatan begitu bosan. Keberadaan lampu meja ini juga boleh menjadi sebagai hiasan dalaman jika lampu meja anda mempunyai corak yang menarik.

Bantal-bantal kecil sebagai hiasan kecil pada sofa

Bantal-bantal kecil yang diletakkan di sofa memang saiznya tidak besar. Peranannya dalam membentuk ruangan adalah amat penting. Bantal yang menarik boleh menjadi pusat perhatian ruangan. Anda seharusnya bijak memilih bantal yang bersesuaian dengan corak sofa anda agar ia kelihatan lebih menarik lagi.

Sangat senang berbanding anda perlu mengecat semula agar menampakkan ruangan yang menarik dan tenang. Jika anda jenis yang lebih suka dengan keringkasan, anda boleh cuba tips-tips ini. Jika anda lebih sukakan cabaran, anda boleh cuba mengunakan cat tetapi itu semua makan masa yang lama untuk menyiapkannya. nampak cantik dan mewah. Deko ringkas ini amat sesuai dengan orang yang masih hidup bujang. Selamat mencuba.

Sumber: Petuatube.com

The post Cara Jimat Untuk Menceriakan Ruang Rumah Anda Tanpa Perlu Mengecat appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...