Memiliki rambut yang cantik adalah idaman setiap orang, tidak kira lelaki ataupun wanita. Rambut adalah sesuatu yang amat dijaga rapi akan kesihatannya dan harus sentiasa kelihatan cantik.
Setiap orang menginginkan rambut yang lurus dan sihat. Anda juga tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan semata-mata menginginkan rambut yang cantik dan bersinar. Anda juga hanya perlu mengamalkan 5 jenis petua ini.
Jika anda pergi ke salon-salon kecantikan yang memberikan layanan penuh tentang perjagaan rambut, semua itu tidak akan menjamin rambut anda akan kekal bagus. Ini kerana kebanyakkan mereka banyak mengunakan bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan rambut cepat rosak.
Sekarang anda tidak perlu risau lagi. Anda juga boleh mengamalkan cara penjagaan rambut anda secara semulajadi dengan hanya mengunalkan bahan-bahan yang senang didapati demi mendapat rambut yang selama ini anda inginkan. Inilah 5 petua yang perlu anda amalkan:
Hanya perlukan rawatan minyak panas
Anda hanya perlu melakukan kaedah rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut yang sihat serta lurus. Keadaan haba yang dihasilkan dari rawatan minyak panas itu juga dapat membantu mengekalkan rambut yang lurus daripada menjadi kerinting semula.
Anda juga boleh mengunakan minyak Zaitun, minyak Bijan dan juga minyak Almond
Cara-caranya adalah, anda hanya perlu panaskan mana-mana minyak di atas di dalam micriwave lebih kurang 20 saat. Selepas itu biarkan minyak tadi supaya menjadisedikit suam kemudian barulah anda boleh sapukan minyak berkenaan ke bahagian rambut beserta urutan selama 15 sehingga 20 minit.
Selepas itu anda perlu sikatkan rambut yang telah dilumur dengan minyak tadi supaya mejadi rata dan sekata. Bungkus rambut tadi dengan mengunakan sehelai tuala panas lebih kurang 30-40 minit. Akhir sekali anda boleh syampoo rambut dan bilaskan sahaja.Jangan terus keringkan begitu sahaja, anda perlu mengunakan sika semasa rambut masih basah.
Pengunaan santan kelapa juga boleh menhidari penyakit dari kulit kepala.
Nak Rambut Lurus, Hanya Amalkan 5 Petua Ini. Penggunaan bahan kimia yang kerap boleh menyebabkan banyak kesan sampingan seperti rambut gugur, alergi bahan kimia, rambut rosak dan bermacam-macam lagi.
Tanpa kita sedari, sebenarnya bahan semula jadi yang ada di rumah, boleh diguna pakai untuk mendapat rambut idaman.
Mengguna minyak
Lakukan rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut lurus dan sihat. Haba yang dihasilkan sewaktu rawatan minyak panas membantu mengawal rambut yang beralun agar tampil lurus.
Boleh juga mengguna minyak zaitun, minyak almond atau minyak bijan.
Panaskan minyak dalam microwave selama 20 saat. Sapu minyak yang sudah suam ke rambut dan urut kepala selama 15 hingga 20 minit. Kemudian, sikat rambut agar minyak diserap dengan sekata. Bungkus rambut dengan tuala panas selama 30 hingga 40 minit. Selepas itu, syampu dan bilas.
Jangan keringkan rambut terus tetapi sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang sementara masih basah
Anda perlu menyediakan satu gelas besar dan campurkan satu biji lemon dan juga satu cawan besar santan kelapa. Selepas dicampurkan, sejukkan bahan-bahan tadi sehingga menjadi dua lapisan di atasnya. Setelah itu, anda boleh ambil krim di lapisan yang pertama tadi dan sapukan ke kulit kepala kemudian biarkan selama 20 minit. Selepas itu, anda hendaklah membungkus rambut dengan mengunakan topi mandi beserta lilitkan tuala yang sedikit lembab di sekeliling topi mandi tadi. Kemudian anda hanya perlu membiarkannya selama 30 minit. Akhir sekali sikatkan rambut sementara ia masih dalam keadaan basah.
Kandungan susu juga turut mengandungi pelembab yang semulajadi. Di samping itu, ia juga boleh membantu untuk meluruskan rambut.
Apa yang perlu anda lakukan adalah, anda hanya perlu mencampurkan sahaja susu sebanyak setengah cawan dan masukkan air ke dalam botol spray dan semburkan ke bahagian rambut dan biarkan selama 30 minit agar campuran itu tadi betul-betul meresap ke seluruh permukaan kulit kepala. Akhir sekali anda hanya perlu cuci dan bilas dengan air bersih.
Telur
Pengunaan telur juga dapat membantu menjadikan akar rambut menjadi semakin kuat dan bersinar. Minyak zaitun pula boleh memberikan kelembapan dan apabila kedua-dua bahan ini digabungkan sekali ia akan dapat membanrtu mendapatkan rambut lurus dan cantik.
Cara-caranya adalah anda hanya perlukan telur kemudian pukul telur tadi dan masukkan sebanyak empat sudu minyak zaitun dan terus sapukan di kepala.
Dalam keadaan rambut masih basah, anda perlu sikatkan dan kemudian anda perlu balur kepala anda dengan topi mandi selama 30-40 minit. Akhir sekali syampoo dan bilas dengan air bersih.
Sangat mudah dan berbaloi jika anda mengamalkan petua di atas. Bukan sahaja dapat menjimatkan pembelanjaan , malah anda juga mempunyai rambut yang lurus dan bersinar cantik. Sudah pasti ramaiyang iri dengan kecantikan rambut anda yang kelihatan sangat sihat dan lurus. Selamat mencuba.
Sumber: Heroviral.online
The post 5 Petua Miliki Rambut Lurus Dan Cantik appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment