loading...

Wednesday 17 January 2018

Perkongsian Bagi Lelaki Perosak Anak Dara Di Luar Sana

Sudah menjadi lumrah dalam bercinta ibarat sanggup melakukan apa sahaja demi ‘Cinta’. Renang lautan api pun aku sanggup. Kata-kata manis yang selalu lelaki ungkapkan untuk buat pasangannya cair dengan ayat pujangga tapi lakukannya tidak. Alam percintaan ini tidak semuanya indah dan berakhir dengan gembira bak kata orang putih ‘Happy Ending’. Dalam perhubungan yang masih pada tahap bercinta, semuanya menjadi taruhan.

Bagi kaum wanita yang masih di usia remaja atau belum berkahwin, seelok-eloknya anda mestilah pandai dalam menjaga maruah diri anda. Jangan terlalu turutkan nafsu dan pujukan syaitan. Andai kata pasangan anda minta itu dan ini, sebaiknya tinggalkan saja orang seperti itu, tiada gunanya untuk bertahan sebelum sendiri menyesal.

Mungkin ada segelintir dari masyarakat di luar sana pernah mengalami situasi berkenaan. Sudah pasti penyesalan tiada hentinya apabila pernah digunakan oleh pasangan. Ingin di hati merahsiakan semua titik-titik hitam yang telah berlaku untuk selamanya. Tetapi semua itu bukan semudah yang difikirkan. Lambat laun pasti akan diketahui juga oleh bakal suami anda suatu hari nanti.

Adakah pernah bagi seseorang lelaki yang telah merosakkan anak dara memikirkan kesan-kesan terhadap kelakuan mereka? Di sini kami tunjukkan hasil dari perkongsian bagi membuka pendangan mata wanita-wanita di luar sana agar jangan terlalu senang untuk memberikan maruah suci kita. Kepada lelaki yang gemar rosakkan anak dara orang di luar sana, baik anda baca hasil dari perkongsian ini. Jangan sampai apa yang telah anda lakukan ini terjadi kepada ahli keluarga sendiri. Menyesal kemudian tiada gunanya.

Apa yang ingin aku kongsikan sebentar lagi adalah khas untuk lelaki-lelaki di luar sana yang gemar dengan perbuatan ‘Merosakkan anak dara orang’. Baca ini baik-baik.

Mungkin bagi kau, perkara ini adalah satu perkara remeh dan biasa. Selepas kau jumpa perempuan lepas itu kau rayu-rayu sikit bawak balik ending atas katil rumah kau. Dengan bangganya kau berjaya bawa anak dara orang tidur sekali.

Pernah tak tergerak di fikiran kau, apa yang akan terjadi pada perempuan itu pada masa akan datang? Jika jawapan hati kau ” Biarlah apa nak jadi pun, siapa suruh bagi kat aku’. Mari sini dengar baik-baik apa yang aku nak cakapkan ini. Apa sebab kau mesti minta maaf pada perempuan yang ko pernah perdajal dulu dan kau sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang telah kau lakukan terhadap dia.

Pernah tak terlintas di fikiran kau bila sebelum kau nak rosakkan dara dia, sedangkan dia langsung tidak tahu apa itu s3ks? Pernah kau terfikir kenapa dia berikan semua itu pada kau? Masa itu dia naif kerana dia tidak tahu cara lain nak tunjukkan rasa sayang dan cinta pada kau.

Jika kau tidak mulakan semua ini dulu, dia pun tidak akan terfikir nak bagi maruah dia pada kau sesenang itu. Jika sebelum perkara itu berlaku kau cuba katakan pada dia, Seorang perempuan yang baik tidak akan menyerahkan maruah dia sesenang itu. Bila kau cakap pada dia, seharusnya kau guna akal fikiran kau. Kau cakap dia bodoh. Aku rasa orang yang paling bodoh adalah diri kau sendiri.

Bila kau ungkapkan kata-kata manis kat dia, pernah tak kau rasa otak dia masa itu berfungsi dengan baik? Syaitan itu sentiasa menghasut manusia dengan bermacam-macam cara. Ibarat kata Cinta itu Buta. Apabila Kata-kata manis + nafsu syaitan + dan hasutan = Penghakiman yang buruk.

Sealim-alim wanita pun dia sudah pasti akan tumpas dengan kata-kata manis kau. Inikan pula gadis-gadis polos di luar sana. Selepas kau rosakkan dara dia, bawa tidur lepas itu kau cakap perempuan tanpa dara itu tidak berguna dan tidak laku lagi.

Habis kau itu ada teruna sangatlah? Walaupun kesan dari fizikal benda itu taklah nampak sangat, kau rasa isteri kau nanti tidak pandai bezakan ke kau masih teruna atau tak? Pernah tak kau tahu yang kau pernah rosakkan anak dara orang dalam hidup kau.

Ada kau terfikir macam mana perempuan itu nak hidup selepas kau rosakkan dan tinggalkan dia macam tu saja. Macam mana perempuan itu akan berhadapan dengan bakal suami dia suatu hari nanti. Apa yang akan perempuan itu nak beritahu bila dia sudah tidak ada dara lagi?

Boleh tak kalau kau cuba bayangkan dengan apa yang telah kau lakukan pada mana-mana perempuan di luar san terjadi pada mak, adik kakak atau bakal isteri kau suatu hari nanti. Apa pula yang akan kau rasa ketika itu? Bagaimanakah perasaan kau bila ada lelaki yang rosakkan adik kau sendiri lepas tu campak macam buang sampah?

Atau apa yang akan kau rasa bila kau dapat isteri nanti, dan dapat tahu isteri kau tiada dara sebelum kau sentuh dia seperti perkara yang sama kau buat kat mana-mana perempuan sebelum kahwin?

Tipulah kalau kau tak pernah terniat di hati tidur dengan mana-mana perempuan ahnya untuk suka-suka saja. Ibaratnya kau ini adlah seorang yang sangat keji, penipu dan taraf kau lebih rendah dari binatang dan kau lebih hina dari seorang perogol.

Memanipulasikan seorang perempuan semata-mata untuk memuaskan nafsu kau sendiri. Lagi hina bila kau dump dia dan selepas itu kau mencari perempuan lain untuk dijadikan teman wanita baru kau yang mungkin kau akan rosakkan juga.

Janganlah kau berfikir wanita ini hanya tempat kau untuk bermain-main saja hanya demi memuaskan nafsu syaitan kau. Apa yang paling hina sekali, lepas kau rosakkan maruah di, kau tinggalkan dia dan cari wanita lain untuk dijadikan isteri dan bila isteri kau pun sudah rosak seperti apa yang pernah kau buat pada wanita lain.

Pengajaran dan nasihat untuk wanita-wanita diluar sana. janganlah kamu terlalu mudah termakan pujuk dan rayu seorang lelaki yang berhidung belang. Mereka hanya tahu berkata-kata manis sahaja. Ibarat kkata pepatah ‘Habis madu sepah dibuang’. Berfikirlah dua kali sebelum melakukan perkara yang akan membuat kamu menyesal seumur hidup. Simpanlah maruah suci kamu itu untuk yang layak menerimanya, bukan pada lelaki durjana.

Sumber: Twitter/Wienanazz via The Reporter

The post Perkongsian Bagi Lelaki Perosak Anak Dara Di Luar Sana appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...