Keluarga yang selalu menjadi pujian orang ramai ini amat dikenali di Malaysia. Dalam kebanyakkan keluarga dari kalangan artis, keluarga Abby Abadi dan juga Norman Hakim ini sering mendapat perhatian ramai.
Apa tidaknya, walau beberapa tahun lepas terdapat banyak spekulasi yang melanda mereka, namun kini semuanya seperti sebuah keluarga yang bahagia walaupun sudah mempunyai tanggungjawab masing-masing.
Mereka juga sering terlihat menghabiskan masa bersama-sama, dan bukan itu sahaja, cara mereka mendidik anak-anak adalah amat dipuji kerana mereka mendekatkan diri mereka sekeluarga dengan agama dan sering menjadi contoh dan pujian orang ramai.
Kebelakangan ini terdapat satu gambar yang menjadi persoalan netizen, Abby Abadi telah memuatnaik satu gambar keluarganya. Memey, isteri kepada Norman Hakin ketika itu telah memegang tangan Danish yang merupakan anak tirinya.
Banyak persoalan yang dilemparkan oleh netizen selepas melihat gambar berkenaan.
Bukan setakat itu sahaja, Abby Abadi juga dikatakan telah dibanjiri dengan mesej dari netizen yang mempersoalkan tentang hal berkenaan. Abby juga tidak segan dalam berkongsikan persoalan yang telah dilontarkan oleh netizen terhadapnya.
Bermacam-macam persoalan yang ditujukan kepada Abby di laman Instagram miliknya. Antara soalan-soalan yang dajukan adalah seperti, Adakah Memey haram apabila memegang anak tirinya.
Ini antara persoalan dari abby untuk netizen yang mengetahui hukum
“Nak tanya pada yang tahu, betul ke Memey tak boleh pegang Danish? Sebab ada orang DM Saya kata kenapa Kak Abby biarkan Memey pegang Danish. Sepatutnya Kak Abby lebih tahu katanya…. Dan tiba2 terasa nk bertanya kt Sahabat2 disini sebab otak jem sekarang.”
Mungkin ada baiknya jika kita bertanya tentang hukum. Admin puji tindakan Abby yang terbuka. Tidak salah untuk kita sama-sama berkongsi tentang hukum hakam agama islam.
Bagi yang lebih mengetahui itu kongsi-kongsi juga. Pahala kita dapat jika memberi perkongsian benda yang baik.
Sumber: Ohbulan.com
The post Isu Gambar Memey Pegang Anak Tiri Dipersoalkan Netizen appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment