loading...

Thursday 18 January 2018

Kaki Wanita Ini Putus Akibat Terlalu Leka Dengan Menghadap Gajet

Malangnya seorang wanita terpaksa menanggung penderitaan yang panjang apabila dia telah kehilangan kakinya sebelah kanan akibat dari kemalangan dari lift yang sudah rosak. Kejadian yang mengejutkan ini telah berlaku di negara China pada 3 Januari yang lalu.

Hasil dari penelitian dari sisi rakaman CCTV telah menunjukkan ada seorang wanita yang berambut pendek sedang leka menghadap gajet dan dia langsung tidak menyedari lift yang ingin dinaikinya itu bergerak semasa pintunya mula terbuka.

Wanita malang itu juga terlihat jatuh dan kaki kanannya telah tersepit di bahagian pintu yang sedang bergerak tersebut. Apa yang lebih mengejutkan kaki kanannya terputus akibat dari kejadian berkenaan kerana ia bergerak ke tingkat tiga.

Malangnya apabila rakaman yang dirakam selama 30 minit itu kelihatannya wanita malang berkenaan sedaya utama untuk mengeluarkan kaki kananya itu tetapi terlambat dan kelihatan kakinya terlihat sudah terputus dari paras lutut sehingga ke bahagian bawah kakinya.

Kelihatan seorang wanita yang berada di belakang mangsa telah bernasib baik kerana dia sempat menyelamatkan dirinya ketika masuk ke dalam lift rosak berkenaan.

Kejadian tragis itu berlaku pada 21 Jun 2017 sebenarnya, manakala rakaman itu tular pada 3 Januari 2017. Rakaman itu mula disiarkan di berita China yang dikenali sebagai Iqiyi.

Setakat ini, langsung tiada sebarang maklumat tentang mangsa sehinggalah hari ini. Kejadian itu juga berlaku di sebuah bangunan di daerah Zhongshan di barat Shanghai, China.

Mari kita lihat video kejadian tragis tersebut

Jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran. Demi keselamatan kita, janganlah kita terlalu leka dengan  perkara yang tidak penting sebelum anda menyesalinya untuk selama-lamanya.  Malang tidak berbau, tetapi kita masih boleh mengelakknya jika anda mengambil berat dengan keselamatan diri anda.

Sumber: Siakapkeli.my

The post Kaki Wanita Ini Putus Akibat Terlalu Leka Dengan Menghadap Gajet appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...