loading...

Sunday, 21 January 2018

Makan 2 Biji Telur Selama Seminggu, Pentingnya Kandungan Telur Pada Tubuh Badan Kita

Mungkin anda pernah mendengar tentang keberkesanan telur pada tubuh badan jika mengamalkannya tanpa berhenti. Mungkin segelintir masyarakat diluar sana tidak berapa mengemari telur. Tidakkah anda tahu, telur banyak mengandungi protein.

Keberkesanan telur pada tubuh badan amat cepat dan memberikan kesan yang memberangsangkan.

Tabiat suka makan telur menjadi pilihan utama dalam pengambilan makanan harian. Ia bukan sahaja dapat mengempiskan perut anda yang kelihatan buncit malah telur juga mempunyai banyak kelebihan.

Menurut kajian yang telah mengkaji mengenai faedah telur pada tubuh badan manusia. Makan sebanyak 1-3 biji telur adalah satu jumlah yang optimun untuk terus mengekalkan tenaga yang berpanjangan.

Kebaikan mengamalkan makan telur.

Keadaan otak dibawah perlindungan ‘Choline’

Phospholipid adalah sebagai penjamin sel-sel otak kita untuk terus berhubung dan ia terdiri daripada ‘Choline’. Kajian ini juga telah membuktikan secara klinikal yang Vitamin adalah sebagai bahan binaan bagi sistem otak. Jika anda makan sebanyak dua biji telur dalam masa sehari, tubuh badan anda sudah pasti akan mendapatkan nutrien yang mencukupi. Kekurangan kolagen juga adalah punca kepada penurunan sistem ingatan.

Sistem penglihatan dapat dijaga dengan baik dengan adanya ‘Lutien’

Kajian telah membuktikan telur ayam juga kaya dengan kandungan Lutien didalamnya. Lutien juga memberikan peranan utama bagi membina penglihatan dalam keadaan yang jelas dan tajam. Jika kekurangan sumber Lutien, ia juga dapat merosakkan tisu-tisu mata dan kadar penglihatan akan menurun.

Vitamin D dalam membantu menyerap kalsium

Cuba anda memberikan pilihan kepada rakan-rakan anda dalam memilih makan telur rebus ataupun sesudu minyak ikan, sudah pasti majoriti memilih untuk makan telur rebus. Mereka lebih tahu tentang khasiatnya telur yang kaya dengan Vitamin D. Pakar juga turut menemui satu lagi cara untuk terus meningkatkan jumlah kandungan Vitamin D dalam telur dengan cara memberikan ayam suplimen khas bagi mengekalkan kalsium serta menguatkan tulang dan gigi dengan lebih baik.

Mengurangi kadar wujudnya risiko penyakit Kardiovaskular

mengikut kajian pakar, mereka juga turut menyatakan kandungan kolestrol dalam telur adalah seimbang dengan adanya Phosphatides. Ia juga tidak mendatangkan bahaya pada tubuh badan kita. Ia juga adalah sebagai perisai bagi mengurangkan pengeluaran kolestrol. Telur juga turut mengandungi kadar Asid Omega 3 dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kadar Trigliserida dan dapat mengurangkan risiko penyakit Kardiovaskular.

Risiko penyakit kanser berkurangan

Choline adalah sesuatu yang sangat penting untuk otak kita. Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit kanser. Menurut kajian, bagi wanita yang mengamalkan makan telur mengikut dosnya dapat mengelak dari menghadapi penyakit kanser payudara dan ia juga boleh menurun sebanyak 18%.

Pentingnya telur apabila merancang untuk mendapatkan zuriat

Kandungan Vitamin B juga adalah amat penting dalam pembentukan hormon seks. Vitamin B9 juga turut mempunyai nama dari sisi lain iaitu, Asid Folik. Dengan wujudnya Vitamin B sel darah merah dan tiub sarap janiin juga dapat dibentuk. Vitamin B9 ini juga sangat diperlukan oleh wanita yang merancang untuk mendapatkan anak. Kandungan 1 biji telur bersamaan 7.0 mcg vitamin.

Awet muda

Kajian ini juga telah membuktikan dari hasil penyelidikan rapi dari pakar saintis dari negara Belanda. Terdapat 87% wanita yang dari usia 35 tahun sehingga 40 tahun dan mendapati bintik-bintik hitam di wajah mereka semakin hilang selepas mengamalkan makan telur. Untuk lelaki juga, kedutan yang ada pada sekitar mata juga turut berkurangan dan terasa licin.

Jika telur ini diambil secara berlebihan mungkin sahaja akan mendapat kesan yang buruk. Jika anda mengambil pemakanan telur ini mengikuti dosnya, mungkin semua itu dapat dihindari. Sebelum membuat sesuatu, anda hendaklah mengkaji kebaikan dan keburukan sesuatu makanan yang di ambil.

Sumber: Nakbebel.com

The post Makan 2 Biji Telur Selama Seminggu, Pentingnya Kandungan Telur Pada Tubuh Badan Kita appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...