loading...

Thursday 18 January 2018

Tisu Tahi Panda Ini 10 Kali Lebih Mahal Dari Tisu Biasa

Satu syarikat di China telah menghasilkan tisu dari najis panda yang berharga 10 kali ganda lebih mahal dari harga tisu biasa. Harga tisu tersebut dikatakan mahal kerana proses menghasilkan tisu tersebut adalah rumit.

Tisu ‘Panda Poo’ ini dijual pada harga 43 yuan (RM26) sekotak. Tisu tersebut turut menggunakan lebihan buluh yang dikumpul dari tiga pusat pemeliharan panda.

Menurut Pengurus Sichuan Jianwei Fengsheng, Zhou Chuanping, mereka akan memastikan tisu-tisu itu mencapai piawaian antarabangsa, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Selain tisu najis panda ini turut digunakan sebagai baja di ladang-ladang teh.

Sumber: Sinar Harian

The post Tisu Tahi Panda Ini 10 Kali Lebih Mahal Dari Tisu Biasa appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...