loading...

Friday, 26 January 2018

Kesan Buruk Terlalu Gemar Pamerkan ‘Baby Bump’ Di Media Sosial Masa Kini Ramai Para Ibu Tidak Tahu

Apabila mendapati diri mengandung, adalah perkara yang amat mengembirakan bagi para wanita-wanita diluar sana. Sudah pasti ada segelintir ibu-ibu diluar sana gemar berkongsi kegembiraan mereka di laman sosial yang serba canggih masa kini. Jika boleh semua perkembangan hendak dimuatnaik sehinggalah proses bersalin.

Sudah tentu bagi para ibu yang baru merasakan pengalaman mengandung buat kali yang pertama, adalah satu yang mengujakan malah mereka lebih bersemangat untuk memberitahu rakan-rakan di laman sosial bahawa diri mereka sedang berbadan dua. Perasaan teruja yang teramat sangat juga boleh memberikan kesan buruk atas tindakan sedemikian.

Tapi, tahukah anda perbuatan yang sering memuatnaik gambar anda semasa mengandung di laman sosial adalah satu perbuatan yang anda tidak tahu akan risiko besar disebaliknya.

Anda tidak tahu, terdapat lelaki-lelaki yang ‘gila’ di luar sana akan mengambil kesempatan terhadap gambar-gambar Baby Bump anda dan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Apabila mereka melihat gambar-gambar ibu mengandung yang mempamerkan perut besar mereka itu, nafsu buas para lelaki ini akan cepat terangsang dan menjadikan gambar-gambar ibu mengandung tempat melepaskan nafsu mereka.

 

Kegembiraan bagi kita namun sebaliknya bagi lelaki-lelaki yang mempunyai nafsu yang luar biasa dan mereka akan mengambil gambar-gambar wanita yang sedang mengalami proses perut yang membesar sebagai modal untuk mereka menjalankan kerja jijik mereka.

Terdapat lebih  100 laman yang berkongsikan gambar baby bump sebagai bahan ‘modal’ mereka

Menurut laporan, tindakan wanita sedang sarat mengandung telah memuatnaik gambar Baby Bump ke laman sosial dan dia langsung tidak tahu akibat dari perbuatan itulah menarik minat kepada lelaki-lelaki gila di luar sana untuk melempiaskan nafsu jijik mereka terhadap gambar-gambar berkenaan.

Maiesiophilia adalah nama saintifik bagi satu kelainan seksual bagi segelintir lelaki di luar sana yang mempunyai simptom-simptom sedemikian dan mereka akan mudah merasa ghairah apabila melihat gambar-gambar wanita mengandung. Berikutan dari hasil carian di laman sosial Facebook sudah terdapat lebih dari 100 muka surat bagi kumpulan yang gemar mengumpulkan serta menyebrkan gambar-gambar wanita mengandung dan tidak terkecuali wanita yang gemar berpakaian menjolok mata sebagai ‘modal’ bagi lelaki si hidung belang.

Tidak ketinggalan juga, ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab juga nampaknya begitu aktif di Whatsapp dan juga Telegram yang diwujudkan bagi memudahkan lagi ahli kerja mereka memuatnaik serta berkongsi gambar-gambar wanita mengandung dan wanita seksi kepad ahli mereka yang lain.

Trauma dengan apa yang berlaku

Ada seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Hani berkata, dia mendapati gambarnya pernah dimuatnaik tanpa ada kebenarannya di page Facebook berkenaan. Dia juga telah menerima berbagai komen-komen lucah di samping gambarnya yang sedang menunjukkan baby bump dan sehingga kini dia masih lagi berasa tertekan, fobia dan trauma.

‘Gambar itu dirakam ketika saya mengandung anak sulung dan begitu teruja untuk memuat naik di Facebook tanpa berasa apa-apa kemungkinan kerana saya menutup aurat dan tidak memakai pakaian yang terdedah.’

‘Seminggu selepas itu saya diberitahu oleh rakan bahawa gambar saya tersebar dan apabila membaca komen yang diberikan saya terasa seperti ‘diperkosa’ beramai-ramai.’

Tanpa berlengah lagi, Hani membuat keputusan untuk menghantar pesanan kepada pemilik akaun laman berkenaan agar gambarnya dipadamkan secepat yang mungkin namum kata-katanya itu langsung tidak dipedulikan. Apa yang lebih mengejutkan lagi, pemilik akaun laman berkenaan malah menyalahkan Hani kerana memuatnaik gambar sebegitu.

Bagi wanita-wanita yang sedang mengandung diluar sana, jadikan apa yang terjadi pada Hani ini sebagai pengajaran dan tanda awal penjagaan. Janganlah anda terlalu teruja dengan berita gembira anda itu sehingga perlu dikongsikan kepada seluruh dunia yang anda sedang engandung.

Itu semua tidak memberikan apa-apa manfaat malah memberkan kesan buruk jika ada gambar yang anda muatnaik itu telah disalahgunakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan terlalu mengikut nafsu buas mereka semata-mata. Lebih baik bermula dari sekarang kita elakkan perkara sebegini jika anda tidak mahu menyesalinya di kemudian hari.

Sumber: Hmetro.com.my

The post Kesan Buruk Terlalu Gemar Pamerkan ‘Baby Bump’ Di Media Sosial Masa Kini Ramai Para Ibu Tidak Tahu appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...