loading...

Wednesday, 17 January 2018

Hapuskan Jerawat Dengan Membuat Scrub Halba Hanya Di Rumah

Halba mungkin asing bagi sesetengah orang sedangkan ia biasa digunakan sebagai rempah dalam pelbagai masakan terutama yang berasal dari Timur Tengah. Halba memang di akui kehebatan khasiatnya malah sering digunakan dalam makanan, tidak kurang juga dijadikan air rebusan untuk kesihatan dalaman wanita.

Selain ditambah dalam masakan untuk menambah keenakan hidangan, tidak ramai yang tahu manfaat halba dari sudut kesihatan. Tanaman ini tumbuh subur dan luas di India, Mesir dan negara Timur Tengah. Halba juga dapat dijadikan modal untuk bahan kecantikan kulit wajah dan juga dijadikan scrub kecantikan.

SKRUB AWET MUDA

Kebanyakan orang tidak tahu tentang khasiat halba ini, bukan untuk dimakan sahaja malah halba juga baik untuk kecantikan kulit. Petua ini diperoleh dari negara Arab kerana mereka menggunakan halba sebagai sunnah dalam menjaga kecantikan kulit.

Bahan-bahannya:

  • Halba
  • Putih telur

Cara-cara :
Kisar halba sehingga menjadi serbuk.

Masukkan serbuk halba ke dalam putih telur. Kacau sehingga rata.

Sapukan pada bahagian muka atau tangan dan biarkan kering.

Akhir sekali, bilas dengan air suam.

Jika diamalkan seminggu sekali, kita boleh rasa keanjalan kulit kita. Ia seperti awet muda dan kulit kita berasa sentiasa segar dan bersih.

Khasiat halba untuk kulit.

Biji halba mengandungi protein, vitamin C, niasin, kalium, dan diosgenin (yang merupakan sebatian yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan estrogen). Komponen-komponen aktif lain dalam halba adalah alkaloid, lisin dan L-tryptophan serta saponin.

Serbuk halba ni dapat membantu melembutkan kulit serta mengelakkan kulit menjadi kering. Terutama sekali untuk  orang yang mempunyai masalah jerawat, dan ianya sangat mujarab.

Sumber: Petuaibu.com

The post Hapuskan Jerawat Dengan Membuat Scrub Halba Hanya Di Rumah appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...