IPOH – Seorang bayi lelaki bengkak di bahagian telinga dipercayai didera oleh pengasuhnya, baru-baru ini.
Insiden yang menimpa mangsa, Habib, hanya disedari oleh ibunya, Farah Hanim, pada 28 November lalu setelah mendapati telinga anaknya bengkak dan melecet, selain pipi mangsa mengalami lebam.
Pada awalnya, Farah menyangka telinga anaknya digigit semut, lalu membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pemeriksaan.
Alangkah terkejutnya Farah apabila dia dimaklumkan anaknya itu mungkin menjadi mangsa dera pengasuh.
“Selama ini, abangnya Haziq telah memberi bermacam-macam petanda pada saya namun saya tidak percaya. Malah Haziq melakonkan kembali apa yang pengasuh buat padanya seperti pulas telinga, pukul paha dan kaki serta cubit.
“Saya menyangka mungkin Haziq nakal. Namun saya silap sehinggalah adiknya, Habib, terkena barulah saya nak percaya.
“Memang budak kecil tidak pandai menipu. Sampai Haziq menangis merayu-rayu tak nak pergi rumah pengasuh, fobia. Rupa-rupanya pengasuh yang kuat menipu dan sukar putar belitkan cerita,” katanya.
Farah turut dimarahi kerana membuat laporan polis dan memuat naik kejadian itu di Facebook sungguhpun beliau mempunyai bukti. Pengasuh itu juga didakwa mencipta pelbagai alasan bagi mengelakkan dirinya dikenakan tindakan.
“Sekarang dia memang tak nak mengaku dan menggunakan anaknya sebagai alasan untuk melepaskan diri. Mula-mula kata telinga Habib kena gigit semut. Bila keputusan pemeriksaan doktor keluar, dan-dan dia kata terkena pistol anak. Kemudian tukar lagi alasan mengatakan anak dia yang sepak Habib dan menegaskan bahawa itu bukan salahnya,” katanya.
“Pengasuh itu merayu agar saya menarik balik laporan polis, malah dia turut memarahi saya kerana menyebarkan kejadian ini di Facebook. Ini kerana dia bimbang saudara mara atau kawan-kawannya tahu,” kata Farah.
Sebelum ini juga, jiran pengasuh anaknya itu pernah memaklumkan kepadannya bahawa bayi yang diasuh wanita itu kerap dibiarkan menangis lama sehingga bayi hilang suara. Bila ditanya mengapa dibiarkan, wanita itu memberi alasan, takkan nak tengok 24 jam?
Mangsa ditahan di wad (HRPB) pada sejak 28 November dan baru saja dibenarkan keluar hari ini.
“Alhamdulillah, baby Habib sudah dibenarkan keluar dari hospital hari ini. Terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan Habib cepat sembuh. Syukur,” katanya. – The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment