loading...

Tuesday, 29 November 2016

10 tanda awal penyakit Berbahaya yang perlu anda beri perhatian

olpls

Berat badan turun secara tiba-tiba-
Mungkin sesetengah orang akan gembira sekiranya berat badan mereka turun tanpa mereka sendiri usahakan. Namun, pada kenyataannya ia adalah petunjuk terhadap masalah kesihatan. Sekiranya berat badan anda turun sebanyak 10 peratus daripada berat asal secara tiba-tiba pada 6 bulan yang sebelumnya, anda perlu untuk mendapatkan nasihat doktor. Penurunan berat badan secara tiba-tiba mungkin disebabkan oleh beberapa punca antaranya tiroid terlalu aktif (hyperthyroidism), tekanan, penyakit hati, kanser, atau gangguan terhadap tubuh anda untuk menyerap nutrisi.

Demam panas-
Ketika anda demam, ia bermakna tubuh anda sedang cuba untuk melawan jangkitan virus atau bakteria jahat. Demam biasa kebiasaannya pada sekitar lebih 38.9 C. Sekiranya demam anda telah melebihi 3 hari, anda perlu pergi berjumpa doktor. Demikian pula sekiranya anda mengalami demam panas melebihi daripada 40 C, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera. Demam panas berkemungkinan menunjukkan bahawa anda telah menghidap jangkitan kuman pada saluran air kencing, denggi atau sebagainya.

Sesak nafas-
Sekiranya sesak nafas berpunca selain daripada hidung tersumbat, ia adalah satu isyarat yang menunjukkan masalah kesihatan. Jika anda menghadapi kesukaran untuk bernafas, termengah-mengah atau tercungap-cungap, anda perlu mendapatkan rawatan kecemasan dengan segera. Berasa sesak nafas ketika anda berbaring juga samaada teruk atau tidak perlu diberi perhatian yang serius. Punca sesak nafas mungkin disebabkan penyakit paru-paru obstruktif kronik, asma, radang paru-paru-paru, penggumpalan darah di paru-paru, atau apa-apa sahaja penyakit yang melibatkan jantung dan paru-paru. Kesukaran untuk bernafas perlu diberikan perhatian yang secukupnya kerana ia boleh menyerang mangsa pada bila-bila masa sahaja.

Perubahan ketika membuang air besar-
Ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan normal ketika membuang air besar. Ianya berbeza-beza mengikut individu dan sekiranya mereka membuang air besar antara 3 kali sehari ke 3 kali seminggu ia masih dianggap normal. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya mengesan perubahan seperti najis keluar beserta dengan darah, sembelit yang lebih daripada 3 minggu, anda perlu memaksa untuk membuang air besar, najis anda berwarna hitam dan segala perubahan lain. Pada kebiasaannya perubahan yang berlaku mungkin isyarat jangkitan bakteria seperti campylobacter ,salmonella,jangkitan virus atau parasit. Antara penyebab yang lain juga adalah penyakit radang usus atau kanser usus besar.

Igauan-
Ianya adalah kebingungan parah yang berlaku secara tiba-tiba dan perubahan yang cepat dalam keadaan mental. Teman dekat atau ahli keluarga adalah orang yang paling awal sekali untuk mengesan pengidap penyakit ini. Antara tanda-tanda penyakit mental ini adalah secara tiba-tiba anda menjadi konfius, kecelaruan(konfius terhadap tempat dan masa), tiba-tiba keperibadian atau perilaku berubah seperti menjadi agresif, tiba-tiba masalah untuk memberikan penumpuanun, atau memori, dan sebagainya. Perubahan perilaku atau pemikiran mungkin berpunca daripada pelbagai masalah antaranya termasuk jangkitan, anemia, gula darah rendah, masalah jiwa atau ubat-ubatan, terutama yang anda baru sahaja mula mengambilnya.

Sakit kepala secara tiba-tiba-
Sakit kepala yang biasa pada kebiasaannya tidaklah terlalu serius, tetapi ia akan menjadi serius sekiranya kesakitan yang dialami terlalu sakit sehingga di luar kawalan anda. Anda perlu memberikan perhatian yang lebih sekiranya anda mengalami sakit kepala disertai dengan demam, leher kaku, ruam, kebingungan atau kejang, Sakit kepala berpola baru dari selepas usia 55, dan apa-apa sahaja yang anda rasakan di luar pada kebiasaan. Tanda sakit kepala mungkin menunjukkan bahawa anda mempunyai arteritis temporal, peradangan pembuluh darah di otak, kulit kepala dan mata. Punca lain yang berkemungkinan menyebabkan sakit kepala yang teruk adalah termasuk tumor otak atau aneurisma.

Tiba-tiba badan anda menjadi lemah, penglihatan menjadi pudar, atau menghadapi kesukaran untuk bercakap-
Jika anda mempunyai tanda-tanda atau gejala seperti yang dinyatakan untuk beberapa minit, ia adalah peringatan awal tanda-tanda stroke atau serangan iskemik transient (TIA), kadang-kadang disebut sebagai ministroke. Cari rawatan kecemasan perubatan jika anda mengalami kelemahan atau mati rasa pada satu sisi tubuh secara tiba-tiba, keremangan mendadak, kabur atau kehilangan penglihatan, tidak mampu untuk bercakap atau memahami percakapan orang lain, berasa pening, tidak dapat dapat berdiri dengan kukuh atau tiba-tiba jatuh,
sakit kepala yang teramat sangat atau sebagainya.

Silauan cahaya-
Sekiranya anda tiba-tiba melihat sebuah lampu berkelip-kelip walaupun pada realitinya tidak, ia mungkin menunjukkan masalah terhadap retina anda. Rawatan segera perlu dilakukan untuk mengelakkan kehilangan penglihatan kekal.

Cepat berasa kenyang walaupun makan hanya sedikit-
Ini kadang-kadang merupakan satu perkara normal, tetapi sekiranya masalah ini berlaku selama lebih daripada satu minggu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera. Ini mungkin disertai dengan tanda lain seperti mual, muntah-muntah, kembung, demam, dan kehilangan berat badan. Kemungkinan punca kenyang awal termasuk rasa mulas dan masalah terhadap sistem perkumuhan, atau masalah yang lebih serius seperti obstruksi perut,kanser kerongkong atau masalah perut.

Sendi membengkak, kemerahan atau berasa panas-
Jika salah satu sendi membengkak atau meradang, mungkin ia sebagai isyarat jangkitan sendi, yang memerlukan rawatan kecemasan. Punca lain mungkin termasuk gout atau beberapa jenis arthritis.

http://ift.tt/2fDcPfs

Sumber : penhijaudaun

Sumber :

Sumber: jubahsemalam

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...