MELAKA – “Baliklah ayah, kami semua rindu ayah,” demikian luahan hati seorang anak,Liana Mohd Kamil, yang telah berusaha mencari bapanya, Mohd Kamil Bin Ahmad, 59, sejak beberapa tahun yang lalu.
“Ini sudah kali ketiga saya cuba mencari ayah. Hati ini melonjak-lonjak teringin berjumpa dengan ayah namun belum kesampaian. Tak tahu ayah masih hidup atau sebaliknya, pun tak tahu,” katanya.
Liana juga telah memeriksa rekod pihak Jabatan Pendaftaran, Penjara Malaysia, Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, hospital, malah KWSP sekali pun. Malangnya, tiada sebarang maklumat mengenai ayahnya berjaya diperolehi.
Alamat terakhir: Batu 7 1/2 Kampung Pernu, 75460 Melaka
“Saya harap sangat kalau ada seorang dua rakyat Malaysia yang pernah nampak ayah di mana-mana.
“Ya Allah, Kau ketemukanlah aku dengan ayah jika dia masih hidup dan Kau tunjuklah tempat persemadiannya jika sebaliknya.
“Berlinangan air mata saya bila terkenang pada ayah,” luahnya di Facebook, 3 jam yang lalu.
Justeru, Liana memohon bantuan netizen untuk viralkan status dan gambar ayahnya agar lelaki itu dapat ditemui segera.
“Gambar ini sahaja yang saya ada. Mungkin wajah ayah sudah berubah,” katanya.
“Ayah, kalaulah ayah baca kenyataan ini, baliklah. Kami semua rindukan ayah. Menantu dan cucu tak pernah langsung kenal ayah. Nenek pun tunggu ayah balik. Baliklah ayah,” katanya. -The Reporter
Sumber: infoterbaru1malaysia
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment