Anjing pengesan dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan kerja-kerja mencari mangsa kejadian struktur sebuah bangunan dalam pembinaan yang runtuh berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar, hari ini. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR – Saksi runtuhan sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar petang tadi, memberitahu kawasan tapak pembinaan itu secara tiba-tiba bergegar dan bergoyang sebelum struktur itu runtuh.
Seorang pekerja warga Vietnam dikenali sebagai Atang, 39, berkata keadaan itu menyebabkan pekerja bertempiaran lari menyelamatkan diri, termasuk beliau.
Katanya ketika kejadian beliau dan beberapa rakan sekerja sedang membuat pemasangan cermin di bangunan itu.
“Ia berlaku terlalu pantas dan memang menakutkan. Saya rasa bangunan ini bergoyang dan laluan pejalan kaki itu secara tiba-tiba terbalik dan satu persatu konkrit jatuh.
“Memang bunyi agak kuat, dan kami semua terkejut dan melarikan diri ke tempat selamat. Nasib baik ketika kejadian ramai pekerja tiada kerana mereka sedang berehat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Atang berkata, sejurus selepas kejadian, beliau nampak beberapa rakannya keluar dari timbunan runtuhan dan ada di antaranya cedera.
Sementara itu, seorang pekerja warga Bangladesh yang dikenali sebagai Abdullah berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi dentuman yang agak kuat.
“Saya dan beberapa rakan lain pergi ke arah bunyi itu dan melihat rakan-rakan keluar dari runtuhan.
“Keadaan memang kel am kabut dan saya bernasib baik tidak berada di kawasan pembinaan itu kerana sedang berehat,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata seorang pekerja kontrak warga Vietnam berumur 21 tahun maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu.
Sharul berkata mangsa yang cedera, terdiri daripada pekerja kontrak warga Bangladesh dan Vietnam, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.
Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang mengesan seorang lagi mangsa warga Bangladesh yang dipercayai masih tertimbus dalam runtuhan itu.
Sementara itu, seorang lagi saksi Md Kawsar, 30, berkata beliau terkejut melihat struktur jejambat itu terjatuh dari tingkat dua dan menghempap rakan sekerja yang sedang berehat untuk makan tengah hari di bahagian bawah tapak pembinaan.
“Saya sedih kerana tidak dapat menyelamatkan mereka kerana ketika itu saya berada jauh dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui melawat rakan-rakannya yang dirawat di PPUM.
Sementara itu, Pengarah PPUM Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin mengesahkan seorang mangsa maut sementara lima lagi yang cedera masih dirawat di pusat perubatan itu.
Difahamkan, seorang lagi mangsa masih tersepit dalam runtuhan berkenaan dan kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.
Ini menjadikan jumlah mangsa kepada tujuh orang berusia antara 21 hingga 32 tahun yang terdiri daripada pekerja warga Vietnam, Bangladesh dan Indonesia. Bernama
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment