Sedih saya bila ada sorang pakcik datang dengan kaki yang hitam dan berbau mengalahkan bau mayat. Sekali tengok je memang dah tau kaki tu akan dipotong untuk selamatkan nyawanya.
Sekadar Gambar Hiasan.
Rupanya sebab kat rumah takde siapa yang tolong tengokkan. Pakcik tu dah lama kena penyakit kencing manis atau istilah kat hospital biasanya dipanggil Diabetes Mellitus ( DM ). Kalau la gula pakcik ni terkontrol dan kakinya dijaga dengan elok, komplikasi camni mungkin takkan terjadi.Mak ayah kita yang kencing manis ni 10 kali ganda lebih berisiko untuk kakinya dipotong tau berbanding orang normal akibat daripada kerosakan saraf, pembuluh darah dan jangkitan kuman. Ini la sebabnya kita sebagai anak kena pastikan kaki mak ayah kita yang ada kencing manis ni dijaga dengan elok. Sebab tu kita sebagai anak kena :
1. Periksa kaki mak ayah tiap-tiap hari. Kadang-kadang mak ayah kita terpijak kaca, tersadung bucu simen lantai atau tersepak tangga tanpa diorang sedar. Orang yang kena kencing manis ni biasanya dah tak rasa sakit dah sebab saraf kakinya dah rosak. Sedar-sedar je kaki dah membusuk!
2. Pakaikan stokin dan jangan biarkan mak ayah kita yang kencing manis tu berjalan dengan berkaki ayam. Anggap la kaki diorang tu serapuh rapuh anggota badan yang perlu dilindungi.
3. Cuci kaki diorang setiap hari. Bersih dan keringkan dengan teliti. Pastikan juga kulitnya tak terlalu kering. Boleh mintak krim pelembap kulit yang sesuai dengan doktor masing-masing ye.
4. Pilihkan kasut yang terbaik untuk mak ayah kita. Pastikan kasut tu jenis yang tak membuatkan kaki mak ayah kita melecet. Jangan main-main dengan orang yang ada penyakit kencing manis ni. Kaki yang melecet sikit pun boleh menyebabkan komplikasi serius yang akhirnya menyebabkan kaki mak ayah kita dipotong tau.
5. Selain penjagaan kaki, pastikan juga paras gula mak ayah kita dalam keadaan yang terkontrol ye. Pastikan ubat dan insulin diambil dalam waktu yang ditetapkan. Tengok jugak menu yang mak ayah kita makan tiap hari. Orang tua ni kadang-kadang lucu jugak. Dia suka sorokkan makanan manis kat dalam peti ais dan almari sebab taknak kita tahu yang diorang makan makanan yang manis.
Apa pun jangan mudah menyerah kalah untuk jaga kedua ibu bapa kita ye. Kadang kala tu diorang memang banyak karenah dan perangai tapi itu lah ibu bapa kita. Sebagaimana mereka menerima karenah dan perangai kita sejak daripada kecil sampai la ke besar, begitu lah sepatutnya kita menerima mereka seadanya.
Jangan sampai kecuaian kita dalam menjaga mak ayah kita menyebabkan penyakit kencing manis mereka makin teruk dan akhirnya berakhir di hospital dengan kakinya terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan kuman yang lebih serius. Jadi apa lagi, jom sebarkan info ni biar lebih banyak yang sedar betapa pentingnya jaga mak ayah yang ada penyakit kencing manis ni. – sumber : DR TAUFIQ RAZIF
P/S : Biasanya orang kencing manis ni berakhir juga dengan komplikasi ke mata, buah pinggang, jantung dan saraf. Ini semua bukan sebab makan ubat doktor ye tapi tapi ni memang efek daripada kencing manis tu sendiri.
0 comments:
Post a Comment