loading...

Thursday, 11 May 2017

Siti Nordiana Buat Perangai Yang Mengejutkan Ramai, Ini Kisah Yang Berlaku


Penyanyi Siti Nordiana kini semakin popular setelah memenangi pertandingan Gegar Vaganza musim kedua.

Bukan setakat menyanyi, kini Siti Nordiana turut menerima tawaran berlakon dan juga menjadi pengacara.

Walaubagaimanapun, ketika popularitinya sedang mencanak naik, ada pula kisah yang tak sedap didengar tentang Siti Nordiana.

Pada awal dulu, apabila menjadi menjuarai pentas Gegar Vaganza, Siti Nordiana dikatakan mula ‘demand’ dengan meletakkan harga bayaran tinggi.

Kes terbaru diterima, ada mengatakan Siti Nordiana buat perangai lagi kononnya sengaja datang lambat ke lokasi sebuah penggambaran.

Kes ini menjadi bualan orang produksi di dunia seni.

Apabila kes ini menjadi bualan ramai, ramai mahu mendengar penjelasan dari pihak Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana ini.

Siti Nordiana akhirnya tampil mengulas tentang berita di ruangan pojok sebuah akhbar pada Ahad lalu yang mendakwa dia ‘buat hal’ iaitu datang lambat dan meminta untuk didahulukan temubual.

Nana mengakui amat terkilan dengan tuduhan yang boleh memberi persepsi buruk terhadap disiplin dirinya.

Katanya, program itu yang diawalkan secara tiba-tiba, bukan dia yang datang lewat.

Jom baca kenyataan Siti Nordiana:

“Saya tidak pernah datang lambat pada mana-mana program kerana pengurus saya akan bagi call time dua jam awal daripada masa sebenar.


“Saya mengaku ada minta agar produksi awalkan giliran  saya untuk rakaman program hiburan baru-baru ini. Ketika itu saya sampai awal tetapi program itu tidak mula lagi.

“Sedangkan saya perlu ke lokasi lain untuk persembahan secara langsung anugerah pada sebelah malam,” 

“Saya sedikit terkilan kerana sebagai artis saya sedaya upaya ingin memberi sokongan kepada program-program tempatan. Namun tidak sangka pula lain jadinya,” 

“Saya enggan panjangkan cerita ini, kalau ada yang terasa hati, saya minta maaf,”

Apapun mungkin salah faham sahaja yang berlaku. Siti Nordiana telahpun menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dan meminta maaf.

Sumber : berita memey

0 comments:

Post a Comment

loading...