loading...

Monday, 1 May 2017

SUBHANALLAH! Allah memperlihatkan kebesaran-Nya di Kuala Lumpur, Malaysia

Petang ini penulis telah menerima satu gambar menerusi aplikasi WhatsApp di mana gambar tersebut memapar satu kejadian yang aneh berlaku di Kuala Lumpur.

Jika anda melihat dengan teliti gambar tersebut (di atas) dan zoon pada bahagian matahari, kelihatan di awan kalimah Allah (ﺍﻟﻠَّﻪَ) dan Muhammad (محمد) serta beberapa tulisan jawi yang lain.

Difahamkan kejadian ini berlaku pada waktu pagi di mana saat matahari terbit. Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di dalam kenderaannya ketika hendak ke tempat kerja.

Akibat terpegun dengan dengan situasi itu ramai pengguna jalan raya yang lain turut berhenti untuk melihat fenomena itu. Gambar in terus tersebar secara meluas pada hari ini di media sosial.

Fenomena itu berakhir 30 minit selepas itu apabila matahari mula panas dan embun makin hilang maka ramai orang yang melihat pun beredar secara beransur-ansur

Walaubagaiman pun, penulis sendiri tidak dapat memastikan akan kebenaran perkara ini. Ini kerana, pada hari ini sudah banyak perisian untuk menyunting gambar seperti Photoshop dan sebagainya. Sehinggakan agak sukar untuk membeza foto yang sebenar dan foto yang telah disunting.

Dalam nada yang lain, jika benar-benarlah kejadian ini berlaku, penulis hanya mampu lafazkan ‘Subhanallah’. Mungkin ini merupakan salah satu bukti tentang kebesaran Allah SWT.

Sumber: mediapanaz

0 comments:

Post a Comment

loading...