loading...

Wednesday, 29 November 2017

20 Sebab Wanita Nampak Tua Dari Umur Sebenar

Kulit akan hilang kolagen adalah perkara normal bila dah bertambah usia, kolagen menurun imni membuatkan wanita nampak tua berbanding usia sebenar. Namun, jika nak dibandingkan dengan kaum lelaki, perempuan lebih nampak cepat tua daripada usia sebenar.

Tak percaya? Cuba tengok pasangan yang kahwin sebaya, memang ketara nampak. Mungkin kulit wajah nampak muda tetapi kedut di wajah sudah makin jelas. Itulah realitinya, paling tidak wanita akan tutup kesan cela itu dengan solekan.

Tapi tahannya bukan seharian, tetap kembali nampak sedikit tua bila dah basuh wajah. Agaknya kenapa?

Kalau anda memang suka buat dan selalu alami 20 perkara ini, tak peliklah wajah nampak tua dari usia sebenar.

1. Tekanan di tempat kerja dan di rumah.
2. Tak suka bersenam.
3. Suka makan makanan segera.

4. Suka tidur lewat malam.
5. Tak suka makan jamu.
6. Lepas bersalin, tak pantang dengan betul.

7. Sembelit, susah nak buang air besar.
8. Banyak berfikir.
9. Suka makan lewat malam.

10. Banyak minum caffein.
11. Kurang berehat, sibuk uruskan anak.
12. Tiada rutin cuci muka yang betul.

13. Tak suka sedekah senyuman pada orang, asyik tarik muka serius.
14. Tak suka makan sayur dan buah.
15. Diet tak seimbang.

16. Suka makan makanan bergoreng dan berminyak.
17. Kerap kena matahari.
18. Cepat marah dan kerutkan dahi.

19. Suka pakai make up tetapi malas cuci wajah sebelum tidur.
20. Ini paling penting, malas solat! Tahukah anda air wudhuk itulah NUR dan akan jadi ‘pembersih wajah’ paling mudah dan berkesan.

Haaa… inilah pilihan yang ada, nak tak nak memang anda kena jaga lebih kalau nak awet muda. Moga bermanfaat buat kaum Hawa untuk jadi jelita setiap hari buat si dia!

AMALAN ZIKIR UNTUK AWET MUDA

Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.

Cara 1:

Dilakukan selepas solat Isyak

· ambil air segelas
· baca al-Fatihah sekali
· Ayatul Qursi sekali
· Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
· Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Surah al-waqiah ayat 35 -38

Cara 2:

Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:

Amalkan membaca ayat2 seperti berikut

Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Kehidupansatupersinggahan.blogspot.my

The post 20 Sebab Wanita Nampak Tua Dari Umur Sebenar appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...