loading...

Sunday, 26 November 2017

“Saya Pesakit Kanser Tahap 4” – Pengakuan Elyana 7 Tahun Hidap Kanser Limfoma

Pengakuan Elyana Emrizal, 30, buat pertama kali di pentas Gegar Vaganza 4 berkongsi berita mengejutkan sebagai pesakit kanser tahap 4.

“Kepada semua pesakit kanser, terus tabah dan terus berjuang, kerana saya juga adalah pesakit kanser tahap 4,” akui Elyana dalam ucapannya sejurus diumumkan tersingkir di konsert minggu kelima GV4.

Elyana kelihatan tenang berkongsi penyakitnya. Sebaik pengakuannya itu, ramai penonton yang berada di Dewan Sri Putra Bukit Jalil terkedu. Elyana mengakui sudah tujuh tahun menghidap kanser lymphoma dan penyakit itu dikatakan sudah merebak ke seluruh badan.

“Kanser ini dah berada di seluruh badan termasuk di bahagian paru-paru serta jantung. Saya dah melakukan beberapa kali rawatan kemoterapi”. “Saya juga sudah cuba berubat di merata negeri termasuk di luar negara. Kesan penyakit ini menjadikan saya lesu serta susah bernafas”. “Saya jadi susah nak tidur malam kerana terlalu takut esoknya tak bangun-bangun dan tak dapat lagi bersama anak, “Saya anggap ini adalah ujian daripada Allah,” luah Elyana.

Sukar untuk kita mengerti mengapa Elyana harus merahsiakan penyakitnya ini. Namun jika kita fahami rangkap ini, mungkin dia mahu beban ini ditanggung sendiri. Mungkin dia tidak mahu simpati dari para peminat,para rakan artis dan pihak juri. Biarlah dia berjaya kerana bakat dia sendiri bukanlah empati dari pihak lain.

Kanser yang dihidapi oleh Elyana merupakan kelenjar getah bening ditemukan di mana saja dalam tubuh, terutama di leher, ketiak, selangkangan, di atas jantung, di sekitar pembuluh darah besar dalam perut. Limfosit juga berkelompok bersama pada limpa, tonsil, dan timus. Kanser ini tidak boleh sembuh dengan pembedahan tetapi boleh sembuh dengan rawatan kimoterapi bagi mengecilkan tumor.

Dua hari lalu, penyanyi Elyana ada memuatnaik sekeping gambar menunjukkan kotak set lengkap pengurusan jenazah yang mengundang banyak spekulasi tentang motif sebenar penyanyi itu bertindak demikian.

APA ITU KANSER LIMFOMA?

Kanser Limfoma adalah merupakan kanser kalenjar darah yang mana sel darah putih lymphocytes akan menggandakan bilangannya sehingga terlalu banyak dan tidak matang. Pesakit lymphoma juga akan mengalami bengkak pada kalenjar nodus lima di leher, ketiak dan celah kelengkang.

Kalenjar nodus limfa ini akan membengkak kerana terdapat kuman yang boleh menyebabkan jangkitan kuman di dalam tubuh. Ia juga akan menyebabkan sel-sel darah putih lymphocytes tidak normal akan berkumpul di bahagian tersebut dan membentuk bengkakkan kanser.

Sel-sel kanser ini akan merebak ke seluruh tubuh dan mengganggu bekalan oksigen dan nutrien

Limfoma merupakan kanser SEL DARAH PUTIH yang disebut sebagai limfosit-B atau sel-B dan sejenis kanser yang melibatkan kelenjar. Sel tersebut cepat menggandakan diri dan membentuk tumOr manakala sistem kelenjar berperanan untuk membawa cecair dan darah putih melalui tubuh.

Limfoma pada Otak atau urat saraf tulang belakang disebut sbg limfoma susunan pusat (SSP). Seperti kebanyakkan kanser yang lain, kanser ini terjadi apabila sel kelenjar berkembang tanpa kawalan dan keadaan ini akan menyebabkan tumor tumbuh dgn lebih banyak. Sekiranya keadaan ini tidak dapat dikawal pesakit akan merasa sedih atau membengkak pada seluruh tubuh.

TANDA-TANDA ANDA DISERANG LIMFOMA..

Tanda serangan pertama limfoma sangat mudah dikenalpasti iaitu:

#Merasa ketulan atau gumpalan pada leher, perut, bawah lengan atau pangkal paha

#Sukar bernafas

#Kerap demam

#Kesan merah pada kulit, pening2 dan muntah

#Sakit perut

#Hilang berat badan

#Batuk

Jika anda mengalami gejala-gejala seperti diatas, segeralah berjumpa dengan doktor, jangan abaikan, teruskan mendapat rawatan di hospital.

Kami di sini mendoakan yang terbaik buat Elyana. Semoga sembuh dan dipermudahkan segala urusan Elyana. Kepada Elyana, moga terus cekal, tidak putus semangat dan terus positif berjuang melawan penyakit kanser.

Sumber: Hangat

The post “Saya Pesakit Kanser Tahap 4” – Pengakuan Elyana 7 Tahun Hidap Kanser Limfoma appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...