Ramai dikalangan kita yang mahu hidup sihat, tetapi sangat malas untuk melakukan senaman. Sebenarnya jika anda mahu badan anda sentiasa sihat, bukan hanya dengan senaman, tetapi anda juga harus mengamalkan pemakanan yang sihat.
Banyak memakan makanan yang berkhasiat, banyak makan sayur dan buah-buahan. Namun ramai diantara kita yang lebih suka mengambil jamu ataupun makanan tambahan yang sudah siap dibotolkan.
Sebenarnya bukan tidak boleh, cuma kita tidak tahu apa bahan yang dicampurkan ke dalam produk tersebut dan adakah ianya benar-benar memberi 1000 khasiat seperti yang dijanjikan.
Oleh sebab itu kita disarankan untuk memakan buah-buahan yang segar. Ada dikalangan kita yang sangat inginkan tubuh badan yang sihat, tetapi malas untuk bersenam. Ramai diantara kita yang memberi alasan sibuk bekerja dan tiada masa untuk melakukan senaman.
Sebenarnya ada banyak cara senaman yang boleh anda praktikkan apabila sudah balik dari kerja, tiada alasan untuk hidup lebih sihat. Kini anda boleh memulakan kehidupan yang sihat dengan melakukan senaman-senaman ini yang hanya akan memakan masa selama 10 minit sehari.
Plank
Push-up
Bird-dog
Squats
Dead bug
Down-dog
Wall-sit
Senaman-senaman ini sebenarnya anda boleh praktikkan setiap hari, mengikut kemampuan anda. Jika anda rasa tubuh anda tidak mampu, lakukan dengan perlahan-lahan, jangan terlalu drastik.
Mungkin pada awalnya anda akan rasa sangat letih, tetapi setelah sering mengamalkannya setiap hari, badan anda akan dapat menerima tekanan tersebut, dan lama kelamaan anda akan terbiasa.
Sumber: Taikotai.tv
The post Senaman Yang Sangat Mudah Ini Mampu Membakar Lemak Anda Dengan Cepat Hanya 4 Minggu! appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment