loading...

Tuesday, 28 November 2017

‘Dah Tahu Ada Kanser Masih Terkinja-Kinja Lagi, Bila Nak Taubat?’ – Netizen Kecam Elyana Hidap Kanser

Selepas Elyana mendedahkan bahawa dia menghidapi penyakit kanser limfoma tahap 4 dan menurutnya lagi, dia cuma ada masa kurang dari setahun lagi untuk hidup, ramai rakan-rakan artis serta peminatnya memberi kata-kata semangat kepada penyanyi itu.

Amatlah mengecewakan apabila terdapat segelintir netizen yang tidak berperasaan langsung. Malah, semberono melemparkan kata-kata bersifat negatif serta mengaibkan penyanyi tersebut.

Memetik satu portal hiburan, segelintir netizen langsung tidak sensitif dengan isu yang dihadapi malah ada juga yang sanggup mempersenda fizikal Elyana.

Berkemungkinan mahu menegur namun cara teguran sebegini tidaklah betul disaat Elyana lebih-lebih lagi memerlukan kata-kata semangat dan positif dari orang sekeliling dan bukannya dikecam.

‘Teguran’ yang dilemparkan seperti ini bersifat lebih kepada cemuhan. Elyana bagaimanapun mengulas, dia tidak melayan atau membaca komen-komen yang negatif.

Diharapkan Elyana terus kuat dan dapat mengabaikan sahaja tohmahan yang dilemparkan. Kami mendoakan yang terbaik untuk Elyana.

The post ‘Dah Tahu Ada Kanser Masih Terkinja-Kinja Lagi, Bila Nak Taubat?’ – Netizen Kecam Elyana Hidap Kanser appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...