loading...

Tuesday 28 November 2017

Siti Nurhaliza Bakal Timang Anak Perempuan

Siti Nurhaliza nampaknya sangat teruja akan kandungan bayi sulungnya dan baru-baru ini telah kongsikan satu video ketika melakukan imbasan ultrasound di Instagram.

Menurut suara yang dipercayai doktor Siti di dalam video tersebut, beliau secara tidak langsung mendedahkan penyanyi itu bakal menimang bayi perempuan.

Dapat dilihat Siti yang sangat teruja dan gembira melihat aksi bayinya pada monitor ultrasound yang dimuatnaik dengan kapsyen menggelarkan dirinya ‘ibu’.

Netizen yang turut berkongsi kegembiraan itu, membanjiri ruangan komen Siti dengan ucapan tahniah dan tidak sabar menantikan bayi sulungnya.

Walaupun video itu secara tidak langsung mendedahkan jantina bayi sulung pasangan. Masih belum diketahui kesahihannya, kerana empunya badan pun masih belum memaklumkan kepada umum. Jika benar bayi perempuan, pasti cantik dan sedap suara seperti ibunya.

Kesalnya, video yang dikongsikan Siti beberapa hari lalu itu telah dipadamkan dari akaun media sosial dan tidak diketahui sebabnya.

Diharapkan Siti Nurhaliza terus menjaga kesihatan dengan baik.

Sumber: Rotikaya , Astro Awani

The post Siti Nurhaliza Bakal Timang Anak Perempuan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...