loading...

Thursday, 30 November 2017

‘Iphone 8 Itu Saya Beli Mahal, Tolong Hati-Hati Sikit’ – Jurugambar Dedah Sikap Biadap Sesetengah Tetamu

Kebanyakkan orang zaman sekarang sanggup berhabisan wang untuk mengupah seorang jurugambar yang pakar untuk mengabadikan kenangan yang terindah sebagai contohnya ketika mengadakan majlis perkahwinan yang besar.

Keutamaanya bukan sahaja pada kedua pasangan itu sahaja, malah tetamu yang hadir tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dengan pasangan raja sehari.

Keadaan suasana yang mengembirakan itu, terdapat bermacam-macam sikap dan tabiat tetamu kadang-kadang bersikap kurang sopan tanpa mereka sedari.

Baru-baru ini, Abd Jalil Shinin selaku jurugambar turut meluahkan perasaan kecewanya melalui laman sosial facebook beliau bahawa telah diberi amaran keras oleh seorang tetamu yang meminta bantuannya untuk mengambil gambar bersama pengantin.

“Asalnya saya pun sudah biasa bila ada tetamu minta tolong tangkap gambar guna telefon bimbit mereka, tak dinafikan ada juga yang kurang beradab sehingga membuatkan para jurugambar berasa hati.

“Kami bukan budak kecil untuk dipesan ‘jaga telefon ini baik-baik kerana harganya mahal’. Berubah terus air muka pemuda itu bila saya beritahu tentang harga kamera DSLR saya pula,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Luahan yang dimuatnaik oleh Abd Jalil di laman facebook miliknya

Nasihat Abd Jalil kepada orang ramai lagi-lagi bagi golongan belia muda agar mempunyai sivik dan bersikap menghormati orang yang lebih tua, apatah lagi kepada seorang yang berperanan jurugambar penting dalam majlis perkahwinan yang sedang berlangsung.

Tidak kiralah apa sekalipun darjat atau umur kita, sepatutnya kita lebih tahu tentang budi bicara yang sopan. Perkara tersebut sering kita pelajari semasa di bangku sekolah lagi. Apa salahnya kita praktikan pengalaman itu disekeliling kita.

Sumber: Kakishare.tv , mStar Online

The post ‘Iphone 8 Itu Saya Beli Mahal, Tolong Hati-Hati Sikit’ – Jurugambar Dedah Sikap Biadap Sesetengah Tetamu appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...