loading...

Sunday, 26 November 2017

“Mama Syak Kerusi Baby Inilah Sebab Mengapa Airil Terkena Virus HFMD” – Ibu Ini Berkongsi Bagaimana Anaknya Terkena Jangkitan Tangan Kaki Dan Mulut

Ibu mana yang tidak risau apabila melihat keadaan anak kesayangannya yang dahulunya sihat, tiba-tiba sahaja diserang penyakit. Sudah pasti diri terasa sangat cuai dalam menjaga kesihatan anak-anak.

Seorang ibu berkongsi cerita tentang jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut pada bayi. Ia mungkin boleh membantu menyebarkan kesedaran di kalangan ibu ayah lain.

Jangan terlalu cuai dalam menjaga kebersihan, ini kerana dimana-mana sahaja anak mampu dijangkiti kuman jika anda mengambil mudah dari aspek kebersihan.

Penyakit tangan kaki dan mulut pada bayi

Ibu ayah pasti sudah tahu betapa mudahnya jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut pada bayi. Kita sering mengambil langkah pencegahan di mana kita membasuh tangan si kecil selepas mereka bermain di tempat awam atau berkongsi mainan dengan kanak-kanak lain. Namun, walaupun sebaik mana kita menjaga kebersihan anak-anak, jika penyakit berkenaan masih mahu mendampinginya, maka tiada apa yang boleh dilakukan.

Perkara seperti jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut masih boleh terjadi, seperti yang berlaku pada ibu ini.Dia membuatkan kita berfikir banyak kali, terutamanya apabila ia melibatkan jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut pada bayi, turut dikenali sebagai HFMD!

HFMD pada bayi

Seorang ibu, Amrina Meena, baru-baru ini ada berkongsi di FB tentang pengalamannya,

Mama syak baby chair ni la punca Airil dapat virus HFMD.. sebab esoknya Airil demam. silap mama malam tu xbawak baby…

Posted by Amrina Meena on Wednesday, 8 November 2017

Beliau menulis:

“Mama syak kerusi baby inilah sebab mengapa Airil terkena virus HFMD…sebab esoknya Airil demam. Silap mama sebab tidak bawa baby wipes malam itu. Kerusi pun tak nampak kotor, so mama tidak mengelapnya.”
Mama Amrina juga menyebut yang selepas ini, dia akan lebih berhati-hati. Beliau akan mengelap dahulu mana-mana kerusi sebelum dan selepas duduk.

Ibu ini membawa anaknya, Airil, ke sebuah restoran untuk makan malam, tetapi si kecilnya jatuh sakit keesokkan harinya, akibat terkena jangkitan HFMD.

Jangkitan hfmd FB

Selain itu, beliau turut menasihatkan ibu ayah lain supaya mengelakkan daripada tempat awam semasa musim jangkitan HFMD ini. Malah, jika terkena jangkitan, mereka perlu dikuarantin.

Walaupun begitu, anaknya Airil telah pun sembuh. Menurutnya, beliau menyapu minyak kelapa (vco) dan memberikannya sedikit kepada si kecil.

Antara tanda-tanda anak anda terkena virus tersebut dan langkah pencegahan

-Demam
-Hilang selera makan
-Sakit tekak
-Rasa tidak sihat

Simptom ini kemudiannya diikuti oleh:

-Ulcer yang pedih pada mulut, tekak dan lidah
-Ruam atau biji kecil pada tapak tangan, kaki dan punggung
-Muntah dan cirit-birit

Galakkan anak minum air

-Berikan anak anda sedikit air (lebih kurang 10-30 ml setiap kali) seperti air kosong setiap setengah jam sepanjang hari.
-Berikan makanan sejuk seperti aiskrim, popsicle, atau sorbet untuk mengurangkan rasa sakit, terutamanya jika anak anda sukar untuk menelan.
-Pastikan bintiknya bersih dan kering. Basuh dengan air suam serta sabun. Lap dengan kering menggunakan tuala.
-Pastikan anak kekal hidrasi dengan memberikannya air sejuk atau susu. Jangan berikannya minuman berasid seperti soda atau jus buah.
-Beri anak makanan lembut yang tidak memerlukannya untuk mengunyah. Contohnya seperti bubur atau sup. Elakkan makanan pedas atau bergaram kerana ia akan menyakitkan lagi.

Sumber: Sg.theasianparent.com

The post “Mama Syak Kerusi Baby Inilah Sebab Mengapa Airil Terkena Virus HFMD” – Ibu Ini Berkongsi Bagaimana Anaknya Terkena Jangkitan Tangan Kaki Dan Mulut appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...