Mungkin tidak ramai mengenali Ayahanda Rani Kulup, namun jika anda penggemar gosip ataupun hal ehwal semasa yang berlaku dalam negara.
Sudah pasti anda pernah mendengar kisah seorang lelaki yang popular dengan orang paling banyak buat report polis di Malaysia. Tapi tak ramai tahu, 30 tahun dahulu dia adalah anggota tentera ATM dan lebih mengejutkan lagi unit yang disertainya.
Siapa sangka sebenarnya Ayahanda Rani Kulup dahulunya seorang tentera yang pernah menentang komunis demi negaranya yang tercinta. Patut la beliau seperti tidak gentar untuk melaporkan sebarang kesalahan walaupun mungkin akan menggugat keselamatannya.
Sertai tentera sejak berumur 18tahun
Ramai yang tak kenal Ayahanda Rani Kulup ni rupanya. Lihat kiri sekali
Ayahanda Rani Kulup menyertai bidang ketenteraan ketika usianya masih muda dan sentiasa bertekad melindungi masyarakat sehingga kini.
“Saya menyertai tentera ketika umur saya 18 tahun, masa itu kita (negara kita) berkonfrontasi dengan komunis (PKM), seluruh negara tidak terkecuali kepada sabotaj komunis, di Perak Kedah, Kelantan, Pahang, termasuk Sarawak.
Pernah menentang komunis
“Saya sendiri pernah bertempur dengan pengganas komunis di Gua Musang Kelantan, selepas itu, saya bertempur lagi di Kuala Kacau, dan Nibong,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Online.
Menceritakan dengan lebih lanjut, Ayah Arka berkata, pasukannya pernah berdepan dengan pengalaman ngeri terkena jerangkap samar yang dipasang oleh pihak musuh.
“Ia dalam satu misi yang dinamakan misi risik gempur, masa itu, memang ada pasukan khas dalam pasukan tentera. Selain pasukan komando, kita juga ada pasukan perisik.
“Saya kira saya sudah sertai lebih dari 65 operasi sejak saya berkhidmat dalam ATM. Segala pahit maung, asam garam, kepayahan dalam menentang komunis sehinggalah ancaman komunis dalam hutan sudah tidak ada,” kongsinya. – Sumber Sinar
Nota tambahan
Pada ketika itu didalam tentera darat terdapat satu unit Risik Gempur yang di kenali sebagai UCIS atau Unit Combat Intelligence Squad. All the members of the UCIS have a red lanyard on the right. They wear a patch with an eagle hoding a dagger in it’s claw. They operate in 5 men teams. Everyone is a trained signaller, combat medic, trained in demolitions and other specialities. – Sumber DSwami
Identiti sebenar
Kalau perasan, dalam temuramah dengan pemberita Ayahanda Rani Kulup tak pernah bagitau yang dia adalah anggota tentera unit komando (Risik Gempur UCIS). Begitu rendah dirinya. Hanya anggota tentera yang bila tengok gambar Ayahanda Rani Kulup pada waktu muda dahulu.
Disebalik muka garang yang terpancar di wajah bekas pejuang ini, tidak ramai yang menyangkan beliau juga merupakan seorang anggota kumpulan muzik tanah air, yang dikenali dengan nama ‘sometimes group’.
“Kami pernah membuat album pada tahun 2010 dengan lagu-lagu ciptaan saya, lirik pun saya, dan penyanyi pun saya, pemuzik pun saya. Di dalam album yang berjudul ‘Tutup Pintu Tapi Tak Berkunci’ tersebut ada lima buah lagu ciptaan saya yang berkonsepkan irama pop yeh-yeh dan 60-an.
“Dan sekarang saya ada 10 buah lagu lagi yang akan dialbumkan,”katanya.
Selesa menggunakan nama ‘Arka’ sebagai nama pentas, kerjayanya sebagai anak seni dalam mewarnai dunia hiburan tidak pernah putus dan untuk abad ini.
Bakal muncul berduet bersama penyanyi Radhi OAG, ayahanda Rani bakal muncul dengan sebuah lagu yang berjudul ‘kipidap’ tidak lama lagi.
Sumber: Lagiheboh.bid
The post Identiti Sebenar Ayahanda Rani Kulup Yang Ramai Tidak Tahu appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment