Perihal seorang pelabur kecil wanita yang berjaya membeli 6 buah rumah dengan gaji RM2’500 masih bingit dibincangkan dan mendapat kritikan hebat dari majoriti netizen.
Terbaru, seorang pengguna twitter mendedahkan bahawa individu yang kononnya hebat tersebut telah melanggar kontrak dengan menyewa rumah yang dibeli dari Rumah Selangorku.
Projek perumahan ini sepatutnya diberikan kepada individu yang memerlukan namun telah dieksploitasi oleh wanita tersebut untuk mengaut keuntungan.
Bukan suatu perkara yang pelik, malah bukan wanita ini sahaja yang mengeksploitasi rumah seperti ini untuk keuntungan peribadi.
Namun kini, telah menjadi isu yang diperbesakan kerana keangkuhan wanita tersebut yang merendahkan golongan yang tidak berkemampuan.
Menurut portal ehartanah, rumah dibawah program Selangorku adalah untuk didiami sahaja bukan untuk disewa:
“Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa”
Pangsapuri Jenderam Indah, Dengkil merupakan projek yang dibina di bawah program Selangorku oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Program Selangorku ini dibuka khusus buat Penduduk Negeri Selangor sejak tahun 2015 dalam memastikan usaha agar golongan rendah dan sederhana berpeluang memiliki rumah yang selesa.
Sumber: Twitter/~Joe
The post Rupanya Wanita Hina Orang Muda, Langgar Kontrak Jual-Beli Rumah Selangorku! appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment