Swafoto sudah menjadi satu trend dan antara perkara yang ramai lakukan setiap hari. Tahukah anda, bahawa tabiat ini secara berlebihan boleh menyebabkan kulit wajah kelihatan cepat tua?
Seorang blogger kecantikan Mehreen Baig, 26, mendedahkan tabiat swafoto berlebihan akan menyebabkan kulit wajah cepat tua.
Mehreen menjelaskan tabiat selfie sebanyak 50 kali sehari boleh menyebabkan muka ditumbuhi jerawat, bintik hitam dan perubahan kepada tona kulit.
Ini kerana cahaya yang dihasilkan oleh lampu biru HEV (High-Energy Visible Light) pada telefon lebih berbahaya dari cahaya matahari kerana kadar penembusan terhadap kulit lebih dalam.
Selepas mengetahui mengenai cahaya HEV yang dipancarkan telefon semasa bergambar, dia telah bertindak berjumpa pakar kulit apabila melihat kulit wajahnya mengalami tanda-tanda penuaan pra-matang.
Cahaya HEV bukan sahaja dipancarkan oleh peranti seperti telefon tetapi turut terdapat pada komputer riba dan tablet dan kajian menunjukkan ia hanya sebagai berbahaya kepada kulit sebagai cahaya UVA dan UVB.
Berdasarkan kajian dan didedahkan oleh David E. Bank, Direktor dermatologist, cosmetic, dan laser surgery di Mount, New York. cahaya HEV boleh menyebabkan kulit menjadi kering, berkedut, kemerahan, sehingga pigmentasi.
“Beberapa kemungkinan terjadi dari kesan HEV iaitu kekeringan, kedutan, kemerahan, sehingga pigmentasi,” jelasnya.
Disebabkan itu, Mehreen menasihati orang ramai supaya mengurangkan aktiviti berselfie untuk mencegah gajala berkenaan, pastikan anda selalu memakai sunscreen dengan kandungan zinc oxide dan titanium, untuk mencegah penuaan pada kulit ketika berselfie.
Sumber: Daily Mail
The post Perempuan Yang Suka Swafoto Nampak Lebih Tua appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment