Pelakon cantik Amyra Rosli nampaknya begitu bahagia setelah melahirkan anak lelaki mereka beberapa minggu yang lalu, dan pada hari kelmarin, sekali lagi rasa bahagia apabila dia diberi kejutan oleh suami tercinta apabila Amar memberi kejutan membuat candle light dinner di taman rumah mereka.
Beberapa jam yang lalu, Amar telah memuat naik gambar Amyra bersertakan kata-kata manis sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Lebih istimewa, pasangan itu berkongsi tarikh dengan ibu bapa Amyra, Rosli Awang dan Noor Zaridah Ahmad yang bersama meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-27!
Adik Amyra, Ajeera Rosli, juga ada memuat naik gambar di instagramnya.
Amar juga menyusun gambar-gambar mereka di pokok hiasan.
Pasangan itu berkongsi tarikh dengan ibu bapa Amyra, Rosli Awang dan Noor Zaridah Ahmad yang bersama meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-27! ‘Sweet’ sungguh.
The post Masih Dalam Berpantang, Amar Baharin Beri Kejutan Buat Isteri Tercinta appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment