loading...

Wednesday, 29 November 2017

Gincu Durian Musang King Akan Mula Dijual

Rata-rata rakyat Malaysia suka makan buah durian. Walaupun ada segelintir pihak yang tak suka makan durian langsung, namun buat yang sukakan pasti tidak akan menolak rasa durian yang manis dan berlemak.

Jika sebelum ini pernah kedengaran ada kopi perisa durian dan kondom durian, bagaimana pula jika ada gincu berperisa durian?

 

Jenama kosmetik, Elianto bakal melancarkan gincu “Elianto Musang King” dan gincu tersebut didatangkan dalam warna kuning terang sama seperti isi buah durian.

Lebih menarik, gincu tersebut mempunyai bau durian yang kuat sama seperti bau Musang King!

“Saya sentiasa teringin nak makan durian bila tiba musimnya. Tapi lepas ni saya boleh rasa buah durian bila-bila masa je dengan hanya menjilat bibir sahaja,” kata salah seorang testimoni pelanggan.

Walau bagaimanapun, Elianto memberitahu gincu berperisa durian itu masih belum dipasarkan lagi dan akan diberitahu kelak.

Sumber: Hype.my

The post Gincu Durian Musang King Akan Mula Dijual appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...