loading...

Monday 27 November 2017

Fattah & Fazura Bergelar Suami-Isteri Yang Sah

Permainan teka-teki mengenai pernikahan antara Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin terjawab apabila pasangan itu telah disahkan bergelar suami-isteri dan diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.50 malam tadi.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh syarikat rakaman Fazura iaitu Universal Music dalam satu kenyataan.

Ini telah merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.

Namun, menerusi sidang media yang diadakan sejurus mereka tiba di tanah air, pasangan itu menyangkal dakwaan sudah berkahwin sebaliknya hanya melangsungkan pertunangan pada 13 November lalu.

Pasangan itu bagaimanapun tidak menafikan akan bernikah dalam masa terdekat yang akan diadakan secara tertutup sementara majlis resepsi pula akan diadakan pada tahun hadapan.

Pernikahan itu berlangsung dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja dan diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

The post Fattah & Fazura Bergelar Suami-Isteri Yang Sah appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...