loading...

Sunday, 26 November 2017

Foto Terbaru Rumah Mawi, Dan Khabarnya Rumah Mawi Dan Ekin Sekali Lagi Dipecah Masuk

Jika anda pernah mendengar kes pecah masuk yang dialami oleh artis terkenal Mawi setahun yang lalu, sekali lagi rumahnya dpecah masuk oleh pekerja buruh, dan apabila ditanya alasannya, kedengaran tidak masuk akal!

Rumah penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani sekali lagi dipecah masuk selepas seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh mendakwa ternampak bayangan sepasang orang bunian di kediaman mewah penyanyi itu di Bangi, semalam.

“Kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang Orang bunian.

“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 3 itu.

Ketika kejadian, Mawi tiada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, Nora Asyikin Rahmat atau Ekin ke ibu kota atas urusan kerja.

Kejadian malang itu diceritakan kepadanya oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas itu selain anaknya, Cahaya Malaika turut berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

Dikatakan sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika untuk menjamah makanan.

Ini merupakan kejadian kedua kediaman penyanyi itu dipecah masuk. Kali pertama, sekitar Mac tahun lalu rumahnya telah dimasuki perompak dan kerugian hampir RM10,000. Tetapi bernasib baik kerana Mawi dan seluruh ahli keluarganya selamat dari sebarang kecederaan daripada insiden terbabit.

Makin menjadi-jadi pula kes pecah rumah, kita seharusnya berhati-hati apabila hendak meninggalkan rumah agar rumah berada keadaan selamat. Jadikan pengalaman Mawi ini sebagai pengajaran kepada kita semua.

Sumber: Kuasaviral.com

The post Foto Terbaru Rumah Mawi, Dan Khabarnya Rumah Mawi Dan Ekin Sekali Lagi Dipecah Masuk appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...