Buat sesiapa yang memelihara kucing pasti tahu untuk memandikan kucing adalah sesuatu yang paling sukar. Pada kebiasaannya kucing takut akan air, anda bertuah jika ada juga kucing yang tidak langsung takutkan air.
Memelihara kucing yang takutkan air, banyakkanlah bersabar apabila memandikan kucing pasti akan meronta-ronta untuk mengelak daripada dirinya dari dibasahkan.
Berikut ini cara dan tips bagaimana untuk memandikan kucing yang takut pada air.
Pertama sekali, dapatkan syampu kucing. Syampu kucing boleh didapati dalam jenis cecair ataupun serbuk kering. Syampu jenis kering tidak memerlukan air untuk membersihkan kucing, cukup sekadar memberus.
Apabila memandikan kucing buat kali pertama, pastikan jangan jadikan ia pengalaman yang paling teruk bagi kucing anda, sebabnya nanti kucing tersebut akan takut mandi seumur hidup. Mandikan secara perlahan-lahan supaya anda tidak mencederakannya atau menakutkannya.
Memandikan kucing yang takut air boleh meninggalkan kesan trauma jika anda tidak berhati-hati, dan boleh menyebabkan kucing yang berada dalam ketakutan selama beberapa hari selepas itu.
Jangan rendam kucing korang sepenuhnya, maknanya jangan curahkan air pada mukanya. Sebaiknya, sebelum memandikan kucing, jangan lupa potong dulu kuku kucing tersebut, agar tidak dicakar.
Kalau bilik air ada “rubber mat”, ini agak bernas. Sebabnya semasa anda memandikan kucing rubber mat membuatkan kucing rasa lebih selamat, kurang cenderung untuk panik dan menjadi agresif.
Sumber: Himpunanceritalawak.com
The post Ini Cara Mudah Mandikan Kucing Yang Takutkan Air appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment