Sepatutnya ibu melindungi anaknya daripada ditindas lelaki dan diperlakukan kejam, tetapi berlainan pula dengan seorang ibu ini, apabila bertindak melacurkan anak sendiri demi kepentingan diri sendiri!
Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiayai dan melacurkan dua anak kandungnya awal bulan lalu.
Wanita berusia 39 tahun yang tidak bekerja itu mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Pasti ianya memberi kessan yang cukup mendapalam buat anaknya, ibu jenis apakah yang sanggup menjual maruah anak sendiri, yang sepatutnya dijaga dan dilindungi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Susur Dewata 1, Larkin Perdana dalam lima kejadian antara jam 9.25 pagi hingga 12.21 tengah hari pada 1 Oktober lalu dan 4 hingga 7 Oktober.
Tertuduh sebagai ibu kandung kanak-kanak berusia 10 dan 13 tahun itu didakwa menganiayai dari segi seks kanak-kanak berkenaan dengan melacurkan mereka.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama dengan Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya dan sebagai tambahan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, kedua-dua kanak-kanak terbabit dipaksa melakukan hubungan seks dengan dua lelaki warga Bangladesh secara bergilir-gilir di bilik hotel sambil disaksikan tertuduh.
Tertuduh didakwa melacurkan kedua-dua anak perempuannya sebanyak lima kali iaitu pada 1, 4, 5, 6 dan 7 Oktober. Wanita itu menerima bayaran RM50 bagi setiap kanak-kanak dan ada kalanya menerima bayaran RM1, RM5, RM10 dan RM20 selepas anaknya dilacurkan.
Terdahulu, pihak pendakwaan meminta mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kerana ia adalah kesalahan serius membabitkan kepentingan awam dan tindakan tertuduh melacurkan anak meletakkan kanak-kanak terbabit dalam trauma.
Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman kerana mempunyai dua lagi anak berusia empat dan lima tahun. Dalam penghakimannya, Kamarudin berkata, hukuman itu mengambil kira kepentingan awam dengan memberi pengajaran kepada masyarakat dan berharap tertuduh insaf serta bertaubat.
Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan pertuduhan sama tarikh berjalan serentak, manakala yang lain dilaksanakan selepas tamat hukuman sebelumnya.
Ia menjadikan tertuduh perlu menjalani hukuman penjara selama 75 tahun.
Sumber: Bharian.com.my
The post Emak Lacur Anak Dijatuhi Hukuman Penjara 75 Tahun appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment